KAIFIAT BACAAN SURAH YAASIN UNTUK MENGEMBALIKAN BARANG HILANG


Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.
Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.

Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;


➊. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

. Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir. (Lihat Gambar)


➋. Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;
1-Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

2-Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

3-Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

4-Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

5-Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

6-Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

7-Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.
Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.


➌. Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.


➍. Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang telah disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang ditandakan pada ayat yang berakhir dengan Mubin.

Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Darussyifa’




semanis bicaraku
semanis bicaraku Nama asal usul ana yg diberi MUHAMMAD LUQMAN AL HAKIM BIN MUSA...ana sekarang menempat di tanah merah kelantan,tarikh lahir ana 18/09/1992,sekolah seawal ana di sekolah keb sri suria 2...dan berpindah pula ke sekolah sri suria 3...dan sekali lagi ana bertukr ke sekolah sru(a)diniah padang siam,dan setelah mnamatkan pngjian di sekolah rendah,ana melanjutkan pelajran ana di sekolah maahad ahmadi tanah merah(matm)dan ana melnjutkan lagi pelajran ana di kolej yayasan islam kelantan(koyik)walaupun natijah menyambung pengajian di UNIVERSITI AL ISLAM MADINAH MUNAWWARAH(UIM) agak lewat sedkit,sy mngmbil kesempatan yg penuh mkna ini untuk sambung pelajrn sy dkt mesir,al azhar kaherah.....ana anak yg kelima drpd 8 orng adik beradik

Post a Comment for "KAIFIAT BACAAN SURAH YAASIN UNTUK MENGEMBALIKAN BARANG HILANG"