SEMANIS BICARAKU

                                 semanis bicaraku..merupakan inspirasi kita bersama










5 syarat nk buat maksiat...

Satu hri ada seorg llaki yg mnemui Ibrahim Adham.
Dia brkata : Whai Aba Ishak, selama ini aku gmar bermaksiat. Tlong berikn aku nasihat.
Setlah mndengar prkataan tersebut
Ibrahim berkata: Jika kamu mahu menerima 5 syarat dan mampu mlaksanaknnya maka boleh kamu melakukn mksiat.Lelaki itu dgn x sbar2 brtanya : Apakh syarat2 itu whai Aba Ishak?
Syarat 1.
Ibrahim Adham : Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kpd Allah jgn mmakan rezekinya.
Mendengar itu lelaki itu mengenyitkn kning seraya brkata : Dari mna aku mhu mkn?
Bukankh semua yg ada d bumi ini rezeki Allah?
Ibrahim Adham : Ya! (dgn tegas) Klau kmu sdah memahaminya msih mampukh memakan rezekinya sedangkn kamu slalu berkeinginan melanggar larang-Nya?
Syarat ke-2.
Ibrahim Adham : Klau mahu bermaksiat jgn tinggal d buminya! Syarat ini mbuat lelaki itu terkjut ½ mati.
Ibrahim Adham kmbali brkata : Wahai Abdullah fikirknlah apakh kamu layak mmakan rezekinya & tinggal d buminya sdangkn kamu melanggar sgala larangan-Nya?
Lelaki itu : Ya anda bnar.
Syarat k-3
Dia kmbali mnanyakn syarat yg k-3.
Ibrahim : Klau kmu msih mahu brmaksiat carilah tmpt yg trsmbunyi yg x dpt trlihat oleh-Nya.
Lelaki itu kmbali trpernjat & brkata : Wahai Ibrahim ini nasihat mcm mana? Mana mgkn Allah mlihat kita?
Ibrahim : Ya. Klau mmg ykin demikian apakah kmu msih brkeinginan mlakukn mksiat.
Syarat k-4.
Lelaki itu mngangguk & meminta syarat yg k-4.
Ibrahim melanjutkn : Klau malaikat maut dtg hndak mncabut rohmu, kataknlah kpdnya ketepikn kematianku dlu, aku msih mahu brtaubat & mlakukn amal soleh. Lelaki itu mnggelengkn kpala & segera trsdar. Whai Ibrahim, mana mgkn malaikat maut akn mmnuhi prmintaanku?
Ibrahim : Whai Abdullah klau kmu sudah myakini bhawa kmu x blh mnunda & mngundurkn dtgnya kematianmu lalu bgmana engkau blh lari dr kmurkaan Allah?
Syarat k-5
Lelaki itu : Baiklah apa syarat yg k-5?
Ibrahim : Whai Abdullah, klau malaikat Zabaniah dtg hndk mngirimmu k api nraka d hr kiamat nnti jgn engkau ikut bersamanya.
Prkataan trsbut mmbuat lelaki insaf. Dia brkata : Whai Aba Ishak sdah pasti mlaikat itu x mbiarkn aku mnolak kehendaknya. Dia x than lg mndgar prkataan Ibrahim, airmatanya brcucurn & dgn terisak2..
Lelaki itu : mulai saat ini aku brtaubat kpd Allah.



















mari kita renungkan tntang anugerah yg ALLAH beri kepada tok kenali:

keistimewaan tok kenali.
1. Pernah memberitahu anak muridnya bahawa satu masa nanti Jepun akan menjajah Kelantan dan seluruh tahan air. Pada 1941 tentera Jepun benar benar menyerang Tanah Melayu dan masuk melalui Kelantan.
2. Pernah memberi amaran Kelantan akan dilanda banjir besar dan meminta orang kampung bersiap sedia. Sebulan selepas itu terjadinya banjir besar di Kelantan yang dikernali sebagai Bah Air Merah pada 24 Disember 1926.
3. Seorang yang cepat menghafal dan tajam pemikiran semenjak kanak kanak lagi.
4. Ada riwayat mengatakan bahawa Tok Kenali akan ke Mekah pada setiap tahun. Bahkan ada yang terserempak Tok Kenali di Mekah sedangkan ketika itu beliau berada di Kelantan.
5. Pernah diceritakan bahawa Tok Kenali dijemput untuk berbuka puasa di enam tempat dan pada hari jemputan tersebut, Tok Kenali berada di keenam enam tempat tersebut.
6. Berkawan dengan pelajar Jin Islam ketika menuntut di Mekah.







Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Mahukah aku tunjukkan satu pemadam yang dengannya dapat kamu hapuskan dosa serta mengangkat darjat? Jawab para sahabat:”Sudah tentu, wahai Rasulullah.” Kata baginda:”Sempurnakanlah wudhuk sewaktu kepayahan (seperti sejuk, sakit dan sebagainya) banyak berjalan ke masjid dan menanti waktu masuk sembahyang, perkara inilah yang dinamakan Ribat”










Perbualan antara Rasulullah dengan salah seorang isterinya, iaitu Ummu Salamah, sepertimana diriwayatkan oleh At-Thabrani.
“ Wahai Rasullullah , manakah lebih utama , wanita dunia atau bidadari syurga bermata jeli ?”
“ Wanita-wanita dunia lebih utama daripada badadari-bidadari bermata jeli seperti kelebihan sesuatu yang tidak kelihatan dengan yang kelihatan.
“ Kenapa wanita dunia lebih utama daripada mereka ?”
“ Kerana solat, puasa dan ibadah mereka kepada Allah . Allah meletakkan cahaya pada wajah mereka; tubuh mereka dari kain sutera;kulitnya putih bersih,pakaiannya berwarna hijau;perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sikatnya diperbuat daripada emas. Mereka berkata : Kami hidup abadi dan tidak akan mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali.Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.”








Iman Hasan Al-Basri berkata''Aku tahu rezekiku tidak dimakan org lain,kerananya hatiku menjadi tenang(tidak tamak)Aku tahu amalan2ku tidak mungkin dilakukan org lain,maka aku sibukkan diriku dgn beramal.Aku tahu ALLAH selalu melihatku,kerananya aku malu bila ALLAH mendapatiku berbuat maksiat.Aku tahu kematian menantiku,maka aku persiapkan bekal untk berjumpa dgn Rabbku











Aurat...? Adakah kita sedar akannya?

"baiklah pelajar-pelajar sekalian, tentang aurat antara bukan muhrim dalam Islam bagi laki-laki….bla…bla…bla… dan untuk perempuan, daripada bla…bla…bla…”

Perkara di atas adalah ayat-ayat yang selalu kita dengar waktu sekolah dahulu. Mesej ini juga disampaikan oleh penyampai-penyampai Islam. Ada yang ikut sebaik-baiknya dengan memahai hukum tersebut, ada yang juga ikut dengan cara yang tak betul dan ada pula yang tidak ikut langsung. Banyak pula fesyen pakaian diwujudkan. Tapi adakah semua itu sesuai untuk kita sebagai umat Muhammad SAW. Adakah kita benar-benar faham akan maksud menutup aurat ini?
Allah berfirman “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”(7:26). Dalam ayat ini jelas perintah Allah untuk berpakaian berupa takwa, pakaian yang menunjukkan ketakwaan kita kepada Allah. Berpakaian takwa yang mana bukan semasa menunaikan ibadat semata-mata, kerana takwa itu perlu ada setiap saat and Allah itu Maha melihat.
Pada zaman yang penuh fitnah ini, kita dapat hilang ramai orang yang mengaku Islam tetapi berpakaian seperti tidak Islam terutama kaum wanita. Adakah kita sudah tidak takut pada Allah dan Hari akhirat? Apa sudah jadi dengan iman kita? Apakah kita telah lupa dengan azab Allah yang amat dahsyat?
Terdapat hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Ada dua gologan yang akan menjadi pengghuni neraka. Aku belum pernah meluhat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen) bagaikan bonggol unta yang senget. mereka tidak akan masuk syurga and tidak dapat bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971). Hadis sangat jelas menyatakan azab Allah kepada para wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Wanita-wanita yang telah dihuraikan di dalam hadis ini, menunjukkan kebanyakkan wanita-wanita masa kini, seperti berpakaian ketat, tidak menutup rambut dan bahagian dada sebaik-baiknya.
Sikap tidak menutup aurat ini sangat memberikan kesan negatif bukan saja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain. Sikap ini boleh menyebabkan wanita lain menjadi mangsa nafsu serakah lelaki yang durjana. Wahai saudari sekalian, adakah anda suka menjadi penyebab keganasan ke atas wanita lain? Wanita ini bagaikan mutiara, ia akan selamat jika berada dalam cengkerang, jika terbuka cengkerangnya pasti akan dinodai orang.
Allah dengan jelas telah menyatakan tentang aurat wanita yang sepatutnya, “Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluannya; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (24:31)
Adalah kewajiban umat Islam untuk mematuhi hukum Allah yang seperti di atas. Jika dikatakan tudung, bukan sahaja untuk menutup kepala, tetapi juga untuk menutup aurat di bahagian dada. Jika dikatakan pakaian yang menutup kulit sepenuhnya, mestilah longgar dan tebal bukan ketat atau nipis sampai menampakkan bentuk tubuh. Sejarah telah menunjukkan bagaimana manusia telah terkena azab Allah kerana melanggar perintahNya. Semoga Allah melindungi kita daripada azabNya.
Wahai saudara-saudara sekalian, sebagai seorang lelaki, seseorang itu tidak sepatutnya bersifat dayus dalam memastikan sempurna aurat isterinya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. Jika tanggung jawab ini tidak dilaksanakan, pastilah kita dalam kemurkaan Allah. Jelaslah kini, lelaki dan wanita amat memainkan peranan penting dalam isu ini. Mungkin seseorang itu akan berkata,”Saya masih muda lagi untuk menutup aurat bila saya dah tua, saya akan menutup aurat”. Adakah kita telah lupa yang Allah yang menentukan hidup mati kita? Adakah pasti kita boleh hidup lama untuk melaksanakan perintah Allah kemudian? Sesungguhnya pemuda mula beribadat dan mengingat Allah pada usia mudanya, akan dinaungi oleh Allah pada hari akhirat.
Marilah kita semua muhasabah diri dan bertaubat atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan. Semoga Allah merahmati kita dan member naungan di akhirat kelak.amin...
(كن في الدنيا كأنك غريب ، أو عابر سبيل) "Jadilah kamu di dunia ini seolah-olah kamu adalah pedagang ataupun seorang yang bermusafir"











Hai pemuda…! Nasihatilah dirimu sendiri terlebih dahulu sebelum kamu menasihati orang lain.
Janganlah engkau berlebih-lebihan dalam menasihati orang lain sedangkan dalam dirimu sendiri masih bersemayam sesuatu yang engkau perlu perbaiki
Celakalah engkau…! Sekiranya engkau tahu bagaimana membersihkan orang lain, sedangkan engkau buta untuk membersihkan dirimu sendiri. Bagaimana seorang yang buta dapat memimpin orang lain.







Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani atau nama sebenar beliau ialah Muhyiddin Abu Muhammad Abdul Qadir. Beliau adalah keturunan Rasulullah SAW melalui puteri Baginda Siti Fatimah Al-Zahra. Beliau adalah seorang ahli sufi yang tidak asing lagi di dunia islam, sehinggakan terdapat satu aliran Tariqat yang diasaskannya iaitu Tarikat Qadariah. Tulisan, nasihat dan buah fikiran beliau berkenaan dengan ketuhanan dan tasawuf sentiasa mendapat perhatian dan menjadi rujukan walaupun ianya telah berlalu lebih kurang 900 tahun yang lampau. Sama-samalah kita hayatinya dan semoga kita semua dapat mengambil sedikit pengajaran daripada tulisan ini.

TUNDUKKAN NAFSUMU SEBELUM ENGKAU DITUNDUKKANNYA.
(disampaikan di Madrasah al-Ma’murah,hari Ahad pagi,3 Syawal 545 H)

Sesungguhnya, siapa yang ingin memperbaiki dirinya, maka hendaklah dia berlatih memerangi nafsunya, sehingga dirinya bebas daripada cengkaman nafsu kerana seluruh nafsu itu mengajak kepada kejahatan.

Hai pemuda…! Nasihatilah dirimu sendiri terlebih dahulu sebelum kamu menasihati orang lain.
Janganlah engkau berlebih-lebihan dalam menasihati orang lain sedangkan dalam dirimu sendiri masih bersemayam sesuatu yang engkau perlu perbaiki
Celakalah engkau…! Sekiranya engkau tahu bagaimana membersihkan orang lain, sedangkan engkau buta untuk membersihkan dirimu sendiri. Bagaimana seorang yang buta dapat memimpin orang lain.

“Wahai hati…! Wahai roh…! Wahai manusia..! Wahai jin…! Wahai orang-orang yang berharap kepada Maha Raja..! Marilah kita ketuk pintu Maha Raja. Bersegeralah kamu kepada-NYA dengan tapak hatimu, dengan tapak takwa dan tauhid kamu, makrifat dan kewarakan kamu yang tinggi, kezuhudan kamu di dunia, di akhirat dan didalam sesuatu selain daripada yang berkaitan secara langsung dengan Tuhanmu”.

Ketahuilah…! Bahawa taubat itu adalah pusat kekuasaan dan menyesali segala perbuatan. Tanggalkanlah baju kederhakaanmu itu dengan taubat yang tulus ikhlas. Jika engkau bertaubat, hendaklah taubat itu lahir dari hatimu, bertaubatlah engkau zahir dan batin.








Seorang syeikh berangkat ke Amerika Syarikat untuk menjadi ahli panel satu siri ceramah mengenai agama, teknologi dan alam semesta. Ceramah itu berlangsung selama seminggu.Suatu hari, syeikh bersama seorang kawannya menaiki teksi untuk ke dewan program tersebut...


by Islam Always In My heart : on Saturday, 29 January 2011 at 12:57

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"

Ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah... di rumah sekarang ada perangkap tikus...."

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, "Ada perangkat tikus!" Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati... tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "

Tikus lalu menemui Lembu. Ia mendapat jawapan sama. "Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata "Elehh engkau ni... Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Ekor ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke rumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun masih demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.
Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

MORAL: SUATU HARI... KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA... FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.




Tersebutlah kisah di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.

Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

“Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita”, kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.

“Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye”, jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

“Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” , sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “Sekadar ingin berkenalan. Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat. Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk, terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar di tempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?” Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

“Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”, jawab Ahmad memberikan alasan.

“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”

“Permintaan apa itu wahai tuan?”

“Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai. Boleh?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

“Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.

“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja”, Jawab Syeikh sambil tersenyum.

“Baik, dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahawa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Benar Tuan Syeikh”

"Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi, apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan. Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

“Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira apabila melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya, “Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad. Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?” Ahmad menjawab dengan yakin, “Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini.”

“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engkau benar-benar menunaikan janjimu.”

“Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”.

“Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan. Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?” Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

“Benar apa yang tuan katakan. Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan.”

“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan, kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar.”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.

“Ya benar Tuan.”

“Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

“Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

“Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“Baguslah begitu. Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.” Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

“Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

“Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”.

“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?” Tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh,” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

“Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami. Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad. Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah. Lari daripada jalan kebenaran.



-Sekirany dtnya pd umat islam hr ini, siapa Allah dhati mrka? Jwpanny tuhan yg esa & bkuasa ats segalany. Dan skirany dtanya al-Quran itu kalam siapa? Kalam Allah kata mrka. Ttpi bilamana diajak utk m'amalkn hukum-hakam ddalamnya, kata mereka, "Zaman ini manusia bjalan menaiki kereta bukan lagi unta-



ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .
Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."



Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu...:)





Imam Al-Mawardi r.a [1] (450 H) menjelaskan jawatan seperti Perdana Menteri atau juga menteri ketenteraan adalah tidak dibolehkan bagi wanita serta tidak sesuai dengan kemampuan sifat mereka terutama apabila melibatkan ketenteraan. Beliau juga menyenaraikan sifat ‘lelaki’ sebagai salah satu daripada 10 syarat kepada kepimpinan di peringkat ‘tafwid’ tetapi tidak di peringkat ‘tanfiz’. 

Menurut Imam Hasan Al-Banna [2], wanita tidak dibenarkan menjawat apa-apa jawatan di wilayah ‘ammah atau wazarah tafwid seperti kepimpinan ketenteraan (wilayah jihad), wilayah hisbah, wilayah kehakiman, wilayah haji, wilayah kharaj dan lain-lain bentuk umum. Selain dalil-dalil biasa dari Al-quran dan al-Hadtih, beliau juga berdalilkan ijma’ amali yang menunjukkan bahawa sejak zaman Rasul SAW, baginda tidak pernah melantik kepimpinan umum di kalangan wanita dan hal ini berterusan hinggalah jatuhnya empayar Islam Uthmaniyyah. Malah Rasulullah SAW dan para sahabat juga tidak pernah melantik ahli kenggotaan syura ( ahl al-hal wal aqd ) dari kalangan wanita. 

Dr. Abd Qadir Abu Faris (Ahli Parlimen Ikhwan Muslimin Jordan sekarang) juga berpandangan seperti Imam Hasan Al-Banna. Beliau menguatkan pandangan Imam Hasan dengan membawakan persitiwa Bai’ah Aqabah Kedua dimana Rasulullah SAW telah memilih 12 orang ketua dan tidak pun melantik wanita sekalipun mereka hadir berbaiah. Begitu juga ketika Rasul SAW menghimpun sahabat dalam memutuskan keputusan dalam peperangan Uhud, Ahzab, “Fath Makkah” , Perang Hunain dll, Rasul tidak pun meminta pandangan dari kaum wanita. Dr. Abd Qadir bukan sahaja tidak menyetujui kepimpinan wanita di peringkat tafwid malah juga pringkat tanfiz. [3].

Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dalam kitabnya Min Fiqh al-dawlah fil Islam, mempunyai pandangan yang sedikit berbeza, beliau berpandangan bahawa dalam konteks kepimpinan dunia hari ini, beliau lebih cenderung mengharuskan wanita memegang kesemua jawatan termasuk Perdana Menteri dengan beberapa syarat. 

Antara hujjah Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dan mereka yang mempersetujui keharusan ini adalah seperti berikut :-

1. Kisah kepimpinan wanita di peringkat tertinggi iaitu Ratu Balqis, digambarkan sebagai seorang pemimpin wanita tertinggi negara yang berwibawa serta mampu membawa kaumnya kepada kebaikan dunia akhirat. Firman Allah SWT:

قالوا نحن أولوا قوة وأولوا بأس شديد والأمر إليك فانظري ماذا تأمرين (النمل :33)
قالت رب إني ظلمت نفسي وأسلمت مع سليمان لله رب العالمين (النمل: 44)
Mafhum : Berkatalah kami (lelaki) yang mempunyai kekuatan, sesungguhnya kami serahkan urusan ini kepdamu ( ratu balqis) …” berkatalah Balqis “ Demi Tuhanku sesungguhnya aku telah berlaku zalim terhdp diriku nescaya kini aku akan beriman kepada Allah bersama Nabi Sulaiman” ( An-Naml 33 dan 44)

2. Mempersoalkan sifat umum pada hadith riwayat Bukhari tadi dengan hujjah :
a. Beliau menyatakan bahawa perkara menggunakan umum hadith untuk melarang kepimpinan dari kalangan wanita adalah tidak disepakati sepenuhnya. Selain itu, sekiranya ia diambil dengan pengertian umum lafaz sahaja maka akan bertentangan dengan kisah tawladan Ratu Balqis sebagai pemimpin tertinggi yang berjaya. Ratu Balqis digambarkan oleh Allah sebagai berkata :

قالت ياأيها الملأ أفتوني في أمري ما كنت قاطعة أمرا حتى تشهدوني(32)
Mafhum : “Wahai pembesar berikanlah pandangan kepadaku dalam urusan ini, aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya” ( An-Naml 32)

b. Mengambil kaedah fiqhiyyah العادة محكمة dan bersandarkan kepada fiqh waqi’ , reality hari ini kebanyakan wanita menyumbang kebaikan yang banyak untuk negara malah adakalanya lebih daripada lelaki, bahkan mereka juga ada yang lebih berkelayakan dari pelbagai sudut berbanding lelaki. 

Ini bermakna, kita perlu memahami hadith dan sunnah fi’liyah Rasulullah SAW berdasarkan ‘mulabasat’ atau suasana zaman dan kemampuan wanita ketika itu. Hasilnya, Al-Qaradhawi seolah-olah cuba memberi isyarat di sini, bahawa isu hukum kepimpinan wanita adalah isu furu’ yang boleh berubah menurut peredaran zaman, apa yang penting adalah syarat KEMAMPUAN DARI PELBAGAI SUDUT tanpa menjadikan JANTINA SEBAGAI PUNCA PERBEZAAN UTAMA DAN KELAYAKAN.


3. Hadith tadi juga memberi kefahaman bahawa ketika wujudnya Khilafah Islamiyyah, wanita memang kelihatan amat kurang sesuai menjadi imamah uzma iaitu khalifah walaupun di ketika zaman ini. Hal ini sememangnya disepakati larangannya, tetapi selepas ketiadaan khilafah tahun 1924 M, sebahagian ulama’ telah meng‘qias’ kan kepimpinan ratu Balqis sebagai Presiden yang punyai kuasa dalam memberi persetujuan terhadap sebarang pelaksanaan dasar. Justeru, dalam ketiadaan khilafah, negara-negara umat Islam hanyalah bertaraf seperti Gabenor di wilayah yang terhad. Sehubungan dengan itu, wanita boleh memegang jawatan menteri, Qadhi atau lain-lain. 


4. Dalam masyarakat di bawah system demokrasi hari ini, apabila wanita dilantik ke jawatan kementerian, Parlimen, Pentadbiran atau lainnya, ia tidak bermakna ia memegang jawatan ini secara veto, hakikatnya ia adalah kepimpinan secara kolektif, yang mempunyai sebuah institusi dalam menentukan tindakan. Justeru, menurut al-Qaradhawi, ia tidak bertentangan dengan Hadtih walau menurut apa jua tafsiran.


Prof Dr. Mohammad Hashim Kamali (UIA) pula berpandangan wanita dibenarkan memegang semua jawatan kepimpinan kecuali Perdana Menteri dan jawatan hakim. Manakala jawatan-jawatan lain seperti gabenor, wilayah hisbah, wilayah mazalim adalah perkara yang diperselisihkan antara ulama’. [4]

Al-Imam As-Syawkani (1255 H) di dalam Nailul Awtar menyatakan selain hadith di atas yang menjadi dalil tidak harus wanita memegang tampuk tertinggi pemerintahan, fuqaha’ juga berdalilkan satu hadith lain iaitu Mafhumnya :


Dari Buraidah dari Nabi SAW : “Qadhi (hakim) itu tiga, satu di dalam syurga, dau darinya di dalam neraka, maka mereka adalah lelaki yang mengetahui kebenaran lalu menghukum dengan nya,…..” ( Riwayat Ibn Majah, Abu Daud, Tirmizi, Nasaie dan al-Hakim [5])

Lafaz kalimah “Qadhi” (kalimah khas untuk lelaki sahaja dalam bahasa arab) yang diguna di dalam hadith ini membuktikan jawatan qadhi dan hakim terhad hanya untuk kaum lelaki, demikian juga pemerintah.


KESIMPULAN PENULIS

Demikianlah serba sedikit perbezaan pandangan para ulama’ Islam dalam menentukan kedudukan wanita di peringkat tertinggi, ia adalah berpunca daripada perbezaan pandangan mereka dalam menentukan kaedah terbaik dalam menjaga maslahat umat, sebagai kesimpulan, penulis berpandangan seperti berikut :-

1) Pertamanya, semua pihak perlu menyedari bahawa urusan pendidikan anak-anak, adalah terlalu amat penting sebenarnya. Ia hakikatnya satu medan yang sangat sesuai dengan fitrah wanita. Justeru sekiranya wanita yang berkelayakan ini memimpin institusi keluarga, dan lelaki yang berkelayakan pula memimpin sebuah negara dan rakyatnya, inilah bentuk ideal dan menurut Islam, sunnah Rasul SAW dan tepat pula menurut hukum logik aqal. Tambahan pula lelaki secara semulajadi cukup sesuai untuk menanggung tugas tersebut jika diteliti dari sudut tenaga, mental dan fizikal mereka, manakala wanita pula sememangnya sangat sesuai untuk memimpin institusi pendidikan anak-anak bersendikan seni halus mereka, terutamanya apabila kepada kemampuan fizikal yang terhad, serta maruah sebagai wanita yang sangat mudah tercemar dan dicemari, lalu amat sesuai kiranya difokuskan ke bidang tersebut, dan sekiranya antara dua bidang (keluarga oleh wanita dan rakyat oleh lelaki) ini gagal dijaga dengan baik maka sudah tentu negara amat sukar memperolehi kebaikan.

Bidang institusi keluarga, pendidikan anak dan menjaga keamanan rumah tangga WAJIB TIDAK DIPANDANG REMEH, malah ia sebenarnya amat sukar, mungkin hampir menyamai kepimpinan sebuah negara. Pandangan remeh terhadapnya adalah kesilapan utama wanita moden zaman kini hingga terlalu berhasrat menjaga negara sedangkan anak-anaknya menjadi perosak Negara akibat terlepas dari jagaan yang terbaik. 


2) Isu halangan wanita dari menjadi pemimpin tertinggi adalah merupakan perkara cabang yang dibenarkan untuk berijtihad dalam menentukan hukumnya, Jika dilihat daripada umum lafaz hadith, menurut jumhur ulama’ Usul Fiqh (kecuali menurut ulama’ Hanafiah), lafaz umum ini membawa ‘Dalalah Zanniyyah’, maka adalah harus untuk berikhtilaf dalam menentukan hukumnya, ini bermakna pendapat ulama yang melarang tidaklah bersifat qat’ie (putus) [6]. 



3) Menurut pengamatan penulis terhadap hujjah Dr Yusoff Al-Qaradhawi, ia kelihatan agak kukuh dan lebih sesuai menurut suasana hari ini, di samping ternyata ia adalah hasil kefahaman mendalam terhadap Ruh Tasyri’ serta tidak jumud di hadapan lafaz nusus. Justeru penulis menyokong pandangan yang membenarkan wanita menjadi pemimpin dengan syarat-syarat tertentu. Antara syarat yang diletakkan oleh beliau adalah (dan setengahnya adalah tambahan penulis) :-

a- Dr. Yusof al-Qaradhawi menyatakan syarat kepimpinan wanita, adalah mereka tidak gagal dalam mentadbir anak-anak hinggakan beliau meletakkan umur sekitar 45 ke atas adalah umur yang sesuai.
b- Tiada pemimpin lelaki yang lebih layak untuk menyandang jawatan tersebut pada ketika tersebut.
c- Pemimpin wanita ini mestilah tidak membuat keputusan secara peribadi dalam memutuskan hal-hal besar negara, bahkan mestilah membuat keputusan secara kolektif dan syura bersama pemimpin pelbagai peringkat.
d- Wanita yang terlibat dalam hal kepimpinan sudah tentu akan berlaku percampuran yang banyak dengan kaum lelaki maka, menjadi kewajiban baginya untuk memelihara adab-adab Islam semasa keluar rumah seperti menutup aurat dengan sempurna, tidak berwangian berdasarkan hadith :-
“أيما امرأة استعطرت فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية وكل عين زانية "
Ertinya : “Mana-mana wanita yang berwangian lalu keluar rumah dan lalu di hadapan satu kaum (lelaki) dengan sengaja untuk menarik perhatian mereka, maka dosanya adalah seperti dosa zina” [7]
e- Mendapat kebenaran suami untuk berbuat demikian.

Apapun, kesesuaian persekitaran merupakan faktor penting dalam menentukan keharusan wanita samada dalam menjadi pemimpin (bukan peringkat tertinggi dan bukan qadhi, hakim – menurut sesetengah ulama), calon, ahli parlimen dan sebagainya, kerana WALAUPUN IA BOLEH DIKATAKAN HARUS PADA ASASNYA, tetapi ia mungkin menjadi haram kerana sebab-sebab luaran yang mendatang, ia disebut ‘Haram Li Ghairihi’ di dalam ilmu Usul Fiqh. Penulis juga merasakan, meletakkan hukum yang umum merangkumi semua karakter wanita dalam hal ini adalah kurang sesuai di waktu ini, sebaliknya keharusan tertakluk kepada kriteria syarat-syarat yang ditetapkan.

-bersambung-





--------------------------------------------------------------------------------
[1]. Ibid, hlm 22 
[2]. Fiqh Siyasah ‘inda Al-Imam Hasan Al-Banna, Dr Muhd Abd Qadir Abu Faris 
[3] An-Nizom As-Siyasi Fil Islam, hlm 335
[4]. Freedom, Equality and Justice In Islam, hlm 89 
[5] Nailul awtar, As-Syawkani, 8/617, cet : Dar al-Fikr
[6] Rujuk Al-Ihkam fi usul al-Ahkam, Syeikh Saifuddin Al-Amidi
[7]. Riwayat At-Tirmidzi, no 2786 ; Ibn Hibban , no 4424 ; Ibn Khuzaimah , no 1681 ; Hadith bertaraf Hasan Sohih menurut Imam At-Tirmidzi, Shohih menurut Ibh Hibban dan Ibn Khuzaimah , Syeikh Syu’ib mengakui kekuatan sanad hadith, Hadith bertaraf Hasan menurut Syeikh Albani




<SELOKA INSAF DIRI>

zina semakin menjadi-jadi.. anggap makwe tp buat macan bini..

remaja kita ramai dah 'mati'., mana lagi harga diri??

pegang2 dan raba2, cium mulut x yah dikira.. jantan berjanji kata nk jaga,

bila dah x suci hilang entah kemana.. si Gadis leka mudah diterima, konon nk dijaga sampai ke tua.. baru kenal seminggu dah raba2.. kalau sebulan semua dah dirasa..

tapi teman jgn dilupa, bosnia diserang dipenggal kepala, bkn Allah buat suka2.. tp remajanya teruk tak terkira..

INSAFLAH WAHAI REMAJA..

~hamba Allah~

*yg menyampaikan*




aku manusia alpa....
aku manusia hina...
sesungguhnya xada yang berkuasa slain dari MU ya ALLAH...
bimbinglah aku ke jln yg lurus...
jln yg engkau redhai....
bantu la hambamu ini...





IKAN KELI

Pada tahun 1986 sewaktu Tok Wan sedang gila memelihara ikan air tawar ada ler satu kolam tu Tok piara ikan keli. Oleh kerana ikan keli menggunakan bahagian dasar kolam maka kolam tersebut Tok kongsikan dengan ikan Rohu serta Tilaphia sebab Tilaphia duduk dibahagian atas sementara Rohu bahagian tengah.

Seorang rakan memberitahu pada Tok bahawa ikan keli ada 2 jenis bagi menandakan yang halal dan yang haram. Pada mulanya Tok sendiri tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal JAKIM lagi). Namun selepas Tok sendiri selidik ikan keli yang dipelihara oleh rakan berbangsa Tionghua dikolam dekat Batu Kong (sekarang flat ATM Desa Tun Razak) nyata cerita itu benar.

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.

Salam Ukhuwah..~






Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. ZalituunDuduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggodasupaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. WathiinPergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awanMenghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. HaffafBerkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minumankeras).

5. MurrahMerosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. MasuudDuduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. WalahaanMenimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. LakhuusMerupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.







Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...







Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.



mari bersama sama mencari redha nye.tersilap tegur jadi umpatan.tersilap tutur jadi kejian.walau pada dasar nye ingin menegur yang baik tapi bila timbul nye kekeliruan dosa pula yang datang




19 HADITH MENGENAI WANITA

*Jika para pembaca mendapati mana-mana hadis di bawah adalah hadis palsu @ bukan hadis,mohon diperbetulkan di bhgn komen. Terima kasih.



1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.





11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.




islam itu indah islam itu mudah .perindah kan dengan persaudaraan permudah kan dalam semua urusan yang berat di pikul bersama yang ringan sama2 merasa..baru lah talian ukhuwah terjalin mesra





Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya” al-Israa’ (17:72)











Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa” al-Furqan (25:74)





Seorang anak bertanya kepada neneknya yang sedang menulis sebuah surat.

"Nenek lagi menulis tentang pengalaman kita ya? atau tentang aku?" Mendengar pertanyaan si cucu, sang nenek berhenti menulis dan berkata kepada cucunya, "Sebenarnya nenek sedang menulis tentang kamu, tapi ada yang lebih penting dari isi tulisan ini yaitu pensil yang nenek pakai." "Nenek harap kamu bakal seperti pensil ini ketika kamu besar nanti" ujar si nenek lagi.

Mendengar jawab ini, si cucu kemudian melihat pensilnya dan bertanya kembali kepada si nenek ketika dia melihat tidak ada yang istimewa dari pensil yang nenek pakai. "Tapi nek sepertinya pensil itu sama saja dengan pensil yang lainnya." Ujar si cucu. Si nenek kemudian menjawab, "Itu semua tergantung bagaimana kamu melihat pensil ini." "Pensil ini mempunyai 5 kualitas yang bisa membuatmu selalu tenang dalam menjalani hidup, kalau kamu selalu memegang prinsip-prinsip itu di dalam hidup ini." Si nenek kemudian menjelaskan 5 kualitas dari sebuah pensil.

"Kualitas pertama, pensil mengingatkan kamu kalau kamu bisa berbuat hal yang hebat dalam hidup ini. Layaknya sebuah pensil ketika menulis, kamu jangan pernah lupa kalau ada tangan yang selalu membimbing langkah kamu dalam hidup ini. Kita menyebutnya tangan Tuhan, Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendakNya".

"Kualitas kedua, dalam proses menulis, nenek kadang beberapa kali harus berhenti dan menggunakan rautan untuk menajamkan kembali pensil nenek. Rautan ini pasti akan membuat si pensil menderita. Tapi setelah proses meraut selesai, si pensil akan mendapatkan ketajamannya kembali. Begitu juga dengan kamu, dalam hidup ini kamu harus berani menerima penderitaan dan kesusahan, karena merekalah yang akan membuatmu menjadi orang yang lebih baik".

"Kualitas ketiga, pensil selalu memberikan kita kesempatan untuk mempergunakan penghapus, untuk memperbaiki kata-kata yang salah. Oleh karena itu memperbaiki kesalahan kita dalam hidup ini, bukanlah hal yang jelek. Itu bisa membantu kita untuk tetap berada pada jalan yang benar"..

"Kualitas keempat, bagian yang paling penting dari sebuah pensil bukanlah bagian luarnya, melainkan arang yang ada di dalam sebuah pensil. Oleh sebab itu, selalulah hati-hati dan menyadari hal-hal di dalam dirimu".

"Kualitas kelima, adalah sebuah pensil selalu meninggalkan tanda/goresan. Seperti juga kamu, kamu harus sadar kalau apapun yang kamu perbuat dalam hidup ini akan meninggalkan kesan. Oleh karena itu selalulah berhati-hati dan sadar terhadap semua tindakanmu".



“Serulah (manusia) kepada Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik serta bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang2 yang mendapat petunjuk.” (an Nahl:125)




Sifat Malu Kunci Didikan Jiwa

4 every 1
SIFAT malu adalah salah satu sifat yang patut ada dalam diri setiap remaja Islam. Bagaimanapun, sifat malu ini mestilah bertempat kerana ada peribahasa Melayu mengatakan, “malu biarlah bertempat.”
Kita tidak mahu remaja terhalang mengejar kemajuan oleh sebab sifat malu yang terlalu tebal. Bagaimanapun, pada masa kini keseluruhannya remaja kita sudah tidak mempunyai sifat malu.
Sifat malu dapat diistilahkan sebagai berasa aib (hina, rendah) kerana membuat sesuatu yang salah atau tidak sopan, berasa tidak senang melakukan perkara dilarang Allah .
Manusia diciptakan Allah dengan sempurna, salah satu sifat yang patut ada dalam diri seseorang insan adalah malu terutama sekali berasa malu kepada Allah jika melakukan perbuatan terlarang.
Jika manusia mengetahui Allah memberikan pelbagai macam kenikmatan kepada manusia seperti kenikmatan mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, lidah untuk merasa dan nikmat paling besar berupa iman kepada Allah .
Manusia harus malu jika mengerjakan kemaksiatan, manusia juga patut berasa malu jika lupa kepada nikmat yang diberikan kepadanya, perasaan malu ini harus dimiliki setiap manusia beriman.
Jika perasaan malu tidak ada dalam diri seseorang, maka itu suatu alamat kehancuran bagi manusia itu sendiri sebab hilangnya malu akan menarik pelbagai macam perbuatan maksiat dan kerosakan di muka bumi.
Bagi remaja, malu adalah kunci mencegah daripada segala yang merosak akhlak. Sifat itu dapat disemai seseorang apabila selalu bergaul dengan orang beriman, berilmu pengetahuan dan mempunyai budi pekerti luhur.
Orang yang memiliki rasa malu akan menyesal apabila melakukan perkara ditegah dan ia menunjukkan hati kecilnya hidup, batinnya suci dan bersih.
Tetapi sebaliknya, bagi orang yang sudah tidak memiliki rasa malu, dia berasa seronok apabila melakukan perbuatan tidak patut dilakukan sekalipun ramai orang mengetahuinya, bahkan sehingga melanggar kesopanan dan larangan agama.
Malu itu diwajibkan oleh Islam kerana malu termasuk sebahagian daripada iman, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Malu itu sebahagian daripada iman.” (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi dari Ibnu Umar)
Islam mengingatkan umatnya supaya memerhatikan rasa malu kerana rasa malu termasuk sebahagian daripada iman, juga menjadi sebab terbentuknya akhlak mulia. Apabila hilang rasa malu akan rosaklah akhlaknya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya semua agama itu mempunyai akhlak dan akhlak Islam itu berperangai malu.” (Hadis riwayat Imam Malik)
Tokoh Islam, Sulaiman Darani pernah berkata, “seseorang yang berbuat sesuatu perbuatan kerana didorong empat sebab; rasa takut, mengharap pahala, mengagungkan Allah dan rasa malu. Semulia-mulia mereka ialah orang yang berbuat kerana malu.”
Sikap ini bersumber kepada keyakinan bahawa Allah selalu melihat kepadanya pada setiap waktu dan keadaan, rasa malunya berbuat kebajikan lebih besar daripada malunya dalam berbuat kemaksiatan. Manusia yang bersifat seperti ini akan mendapat balasan daripada Allah .
Kita pernah mendengar peribahasa Melayu menyatakan, “Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan.” Sifat malu seperti ini tidaklah kita kehendaki dalam masyarakat kerana disebabkan terlalu pemalu sehingga menyusahkan diri sendiri.
Apa yang ditegaskan ialah sifat malu melakukan sesuatu bertentangan ajaran Islam. Sifat malu seperti ini amat dituntut dalam pendidikan rohani.
Rasulullah SAW adalah seorang yang terlalu baik perangainya, seorang paling mulia akhlaknya, tinggi ketaatan kepada perintah Allah dan segala tugas kewajipan kemasyarakatannya serta selalu menahan diri daripada segala larangan-Nya.
Diriwayatkan daripada Abi Sa’id al-Khudri, ia berkata yang maksudnya: “Rasulullah SAW adalah lebih pemalu daripada gadis dalam pingitan. Dan apabila terjadi sesuatu yang tidak disukainya, kami dapat mengenal daripada wajahnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Malu sebenar-benarnya adalah ikatan yang tidak dapat dipisahkan dalam hidup beragama kerana antara iman dan malu itu suatu ikatan yang utuh dan tidak dapat dipisahkan antara satu dengan lain.
Kajian ahli psikologi menyatakan, sifat malu dapat membantu membaiki akhlak seseorang, sementara sifat pemalu yang tidak betul pada tempatnya boleh menjejaskan imej seseorang. Jika rasa malu hilang maka secara beransur-ansur sifat insannya menurun, sampai kepada darjat yang paling rendah.
Sudah menjadi fitrah kejadian manusia itu sendiri, apabila manusia diberi akal sempurna hilang daripadanya sifat malu, maka ia akan menjadi ganas bahkan lebih ganas daripada haiwan tidak berakal.
Manusia yang hilang rasa malu akan berbuat semahunya tanpa mempedulikan adanya aturan dan kesopanan dalam masyarakat, menjadi liar, rakus dan kurang ajar. Tidak hairanlah jika kita mendengar gejala bohsia, lari dari rumah, bersekedudukan, melakukan perbuatan maksiat, terbabit penagihan dadah, pil khayal yang mengancam remaja dewasa ini. Sudah tentu perkara seumpama tidak akan berlaku jika remaja mempunyai sifat malu, berbudi bahasa, berakhlak mulia dan menjauhkan perbuatan keji ini.
NTI PATI
Sifat malu mengikut Islam
# Manusia harus malu jika mengerjakan kemaksiatan, manusia juga patut berasa malu jika lupa kepada nikmat yang diberikan kepadanya, perasaan malu ini harus dimiliki setiap manusia yang beriman.
# Jika perasaan malu tidak ada dalam diri seseorang, maka itu suatu alamat kehancuran bagi manusia itu sendiri sebab hilangnya malu akan menarik pelbagai macam perbuatan maksiat dan kerosakan di muka bumi.
# Bagi remaja, malu adalah kunci yang mencegah daripada segala yang merosak akhlak. Sifat itu dapat disemai seseorang apabila selalu bergaul dengan orang beriman, berilmu pengetahuan dan mempunyai budi pekerti yang luhur.
# Orang yang memiliki rasa malu akan menyesal apabila melakukan perkara ditegah dan ini menunjukkan hati kecilnya hidup, batinnya suci dan bersih.
# Malu itu diwajibkan oleh Islam kerana malu termasuk sebahagian daripada iman, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Malu itu sebahagian daripada iman.
# Islam mengingatkan umatnya supaya memerhatikan rasa malu kerana rasa malu termasuk sebahagian daripada iman, juga menjadi sebab terbentuknya akhlak mulia. Apabila hilang rasa malu akan rosaklah akhlaknya.




Allah SWT Hanya Tiga Kali Memanggil
by Islam Always In My heart on Thursday, 27 January 2011 at 01:58

Sebagai insan, sepatutnya kita selalu ingat kepada Pencipta kita. Sedarkah kita bahawasanya selama hidup kita di dunia fana ini, Allah SWT hanya 3 kali memanggil kita.
Dua di antara panggilan tersebut dikhususkan bagi umat Muhammad, sedangkan satu panggilan lagi diperuntukkan bagi seluruh umat manusia.

Panggilan pertama adalah Azan.
Ya, Allah memanggil umat Islam untuk melakukan solat sebagai bentuk penyerahan diri makhluk kepada penciptanya. Panggilan ini setiap hari kita dengarkan, bahkan 5 kali dalam sehari Allah memanggil kita untuk menghadap pada-Nya. Seringkali kita lalai, padahal jika ditanya kepada setiap muslim ‘siapakah Tuhanmu?’, pasti mereka menjawab ‘Allah SWT’, tetapi banyak muslim yang mengabaikan panggilan ini dan sekikit sekali muslim yang sedar akan panggilan ini. Kesibukan terkadang menjadi faktor utama dalam terabainya panggilan Allah yang pertama ini.

Panggilan kedua adalah Haji.
Ini adalah panggilan yang istimewa, kerana Allah hanya memanggil umat Islam yang mampu dan mendapat rahmat dari-Nya untuk berkunjung ke baitullah atau rumah Allah. Suatu penghormatan yang luhur dari Allah terhadap hambanya untuk datang berkunjung kerumah-Nya. Tidak semua muslim mendapat memenuhi panggilan ini kerana banyak faktor. Beruntunglah seorang muslim yang dapat memenuhi panggilan ini. (Ya Allah, semoga Engkau memanggilku untuk berkunjung ke rumah-Mu)

Panggilan ketiga adalah Maut.
Panggilan ini berlaku bagi seluruh umat manusia atau lebih tepatnya kepada seluruh makhluk yang hidup. Jadi panggilan ini bersifat umum. Ini adalah panggilan terakhir bagi seluruh makhluk seperti difirmankan dalam Al-Quran :
“Tiap-tiap yang berJiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan”.
Al Anbiyaa (21) : 35
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan”.
Al Ankabuut (29) 57

Mati adalah sebuah kepastian, dan yang paling utama adalah kita mempersiapkan segala sesuatunya untuk menghadapi kepastian tersebut. Penuhilah panggilan Allah yang pertama dan kedua jika mampu sebelum panggilan yang ketiga datang kepada kita.
Waktu datangnya panggilan Allah yang sudah pertama kita ketahui, juga panggilan kedua waktunya bisa kita jangkakan, tetapi panggilan Allah yang ketiga tidak ada satu makhlukpun dimuka bumi ini yang dapat memperkirakan datangnya kematian. Manakala Allah memanggil kita untuk menghadap pada-Nya dalam bentuk ‘maut’, maka tidak ada lagi waktu untuk memenuhi panggilan-panggilan lainnya. Yang ada hanyalah pertanggungjawaban akan amal dan perbuatan kita di dunia.




Tahukah kamu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."


Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.



KETIKA AN-NUWAR,ISTERI FARAZDAQ DIKUBUR,IA BERDIRI DI SAMPING KUBUR ISTERINYA,PEMAKAMAN ITU DIHADIRI OLEH HASSAN RAHIMULLAH.
FARAZDAQ MELANTUNKAN BAIT2 SYAIR:
aku takut pada sesudah kuburan jika aku tidak di maafkan
kerana disana lebih sempit dan kacau dari kuburan
ketika malaikat mendatangi aku pada hari kiamat
dia kejam sambil membawa pemukul
para anak adam seperti putus asa
ketika mereka berjalan menuju neraka
dengan belenggu kalung berwarna biru
tinggal dalam neraka dengan pakaian
pakaian dari pelangkin yang membakar
ketika mereka meminum nanah
aku melihat mereka hancur kerana panasnya..
mendengar syairnya,Al-HASSAN RAHIMULLAH PUN MENANGIS
mengapa kite sekarang ni x pnh rase sedih pun bile disebut NERAKA.,?apetahlagi utk mengeluarkan air mate membayangkan keadaan disana nnti..
^_^ renungan bersame..lau ade silap dr setiap kate2..maafkan ye..^_^





Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Permudahkanlah semua urusan dan jangan menyusahkannya, berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu yang menyebabkan orang lain lari.”

Riwayat al-Bukhari dan Muslim




bace sampai abez....pastu
fowardkn plz.....
ni adalah benar... sila baca
sehingga habis... dan tlg
sebarkan kepada seberapa byk
org Islam yg boleh...
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh
ini adalah surat wasiat dari
penjaga makam
Nabi Muhammad SAW iaitu
Sheikh Ahmad
Maeine (Saudi Arabia).
pada suatu malam ketika
membaca Al-Quran di
makam Rasulullah SAW.
selepas membaca lalu
hamba tertidur, dalam tidur
hamba bermimpi
didatangi Rasulullah SAW lalu
bersabda kepada
hamba, dalam 60 000 orang
yang meninggal
dunia di zaman ini tiada seorang
pun yang
matinya dalam keadaan
beriman.
(a)isteri tidak mendengar kata
suami.
(b)orang kaya tidak lagi
bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan
tidak membuat
kebajikan.
Oleh itu wahai Sheikh Ahmad,
hendaklah kamu
menyedarkan kepada orang
Islam ini supaya
membuat kebajikan, kerana hari
penghabisan(Qiamat) akan tiba
di mana
bintang akan terbit dari langit,
sesudah itu
matahari akan turun di atas
kepala.
PESANAN HAMBA INI
(a) berselawat - untuk junjungan
Nabi kita
Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera
sementara
Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan
ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila
berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada
kedua ibu
bapa.
UNTUK MAKLUMAN
1.
seorang saudagar dari bombay
telah
menerima surat ini dan beliau
telah mencatak
sebanyak 20 salinan dan
mengirimkan kepada
orang lain, dia kemudiannya
dianugerahi Allah
dengan mendapat keuntungan
yang besar
dalam perniagaannya.
2.
seorang hamba Allah telah
menerima surat
ini tetapi tidak
mengendahkannya dan
menganggap wasiat ini palsu,
maka selang
beberapa hari kemudian
anaknya meninggal
dunia.
3.
Pada tahun 1977 Tun Dato
Mustapha bekas
Ketua Menteri Sabah menerima
wasiat ini
kemudian mengarahkan
setiausahanya
mencetak sebanyak 20 salinan
dan
menghantarnya kepada orang
lain, maka
selang beberapa hari kemudian
dia telah
mendapat hadiah dari kebajikan
masyarakat di
malaysia timur.
4.
tan sri ghazali jawi, bekas
menteri besar
perak secara tidak langsung
dipecat dari
jawatannya kerana apabila beliau
menerima
wasiat ini beliau terlupa
mencetak 20 salinan
untuk disebarkan kepada orang
lain tetapi
beliau telah menyedari
kesilapannya lalu
beliau mencetak semula wasiat
ini dan
mengirimkannya kepada orang
lain, beberapa
hari kemudian beliau telah
dilantik menteri
Kabinet Perdana Menteri.
5.
Zulfikar Ali Bhuno telah
menerima surat
wasiat ini dan tidak percaya akan
kebenarannya juga
menganggap palsu lalu
membuangnya ke dalam tong
sampah.
seminggu kemudian beliau telah
dijatuhkan
hukuman pancung sampai mati.
6.
di Terengganu, seorang pekerja
bengkel
kenderaan telah menerima
wasiat ini dari
pengirim yang tidak dikenali
yang datangnya
dari Perak lalu beliau membuat
sebanyak 20
salinan seperti yang dituntut.
Alhamdulillah dia
dianugerahkan oleh Allah
seorang gadis
berakhlak mulia seperti yang
dituntut oleh
Islam.
baginya anugerah ini paling
agung dan
tidak ada tandingannya.
7.
Di Terengganu juga, seorang
hamba Allah
telah menerima surat ini dari
orang yang tidak
dikenali tetapi beliau tidak
mengendahkannya
dengan mengatakan ianya
bohong belaka dan
sengaja mengada-adakan untuk
menakutkan
orang yang membacanya.
Beberapa hari
kemudian dia telah mendapat
penyakit ganjil
dan penderitaanya amat
menyedihkan.
setelah
tiga minggu mendapat rawatan
rapi di hospital,
penyatkitnya sukar juga diubati
oleh doktor.
Akhirnya beliau teringat akan
wasiat ini dan
mengedarkannya kepada orang
lain.
Semingu
kemudian barulah beliau
beransur sembuh
sehingga sekarang.
Banyak lagi contoh-contoh
orang yang
menerima wasiat ini tetapi tidak
mempercayainya dan tidak
mengedarkannya
atau menyampaikan kepada
orang lain.
dimana
mereka mendapat malapetaka.
setelah
kejadian yang menggembirakan
dan
menyakinkan ini anda jangan
lupa
menyampaikan 20 salinan
wasiat dalam masa
96 jam dari masa anda
menerimanya.
InsyaAllah anda akan
memperolehi sesuatu
dari YANG MAHA KUASA
dengan penuh keyakinan pasti ia
akan menerangi hidup anda
dengan nikmat kebahagiaan
hidup. ISNYAALLAH.
PERHATIAN
setelah
membaca wasiat ini hendaklah
ditulis atau dicetak dan
disampaikan kepda
orang lain sebanyak 20 salinan.
sekiranya telah dilakukan anda
akan
dianugerahkan sesuatu nikmat
atau hajat anda akan dikabulkan
oleh ALLah.
kata
sheikh ahmad lagi. jika apa yang
hamba katakan ini tidak benar,
biarlah
hamba mati dalam kekufuran
dan hamba tidak mendapat
perlindungan dan
syafaat Rasulullah SAW
naaauzubillah. oleh itu hendaklah
ditulis atau
dicetak dan disampaikan kepada
orang lain.
insyaAllah
dalam masa 2 minggu anda
akan berolah kebahagiaan dan
ingatlah lakukan
ini dengan hati yang ikhlas dan
janganlah diabaikan atau
dibiarkan
TLG SEBAR KAN KPD UMAT
ISLAM.... SEBAR KAN 20
WASIAT NI KPD UMAT ISLAM




~ RAHSIA HARI JUMAAT~

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia
ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa
Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri
untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan
memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan ... kepada Allah
SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa
yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat

Amalan Sunat Hari Jumaat
Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai
pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah
minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur
kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.
Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang
masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka
seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada
waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga
maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke
masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan
orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir
telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan
diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar
khutbah"
Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan
apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi
bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan
Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah
menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah
Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis
dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati
sebelum ia melihat tempat di syurga"
Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang
berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam
keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin.
Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam
As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu
pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.
Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah
al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah
sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian
perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah
Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain
(Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil
1 - 2. m.s 82).
Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat
akan datang dan memeliharanya dari syaitan.
Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan
hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang
hari Jumaat.
~~~~~~ WALLAHUALAM ~~~~~~~~~






PAYAHNYA BILA ATAP NAK JADI TIANG,TIANG NAK JADI DINDING ...

Ada satu cerita rakyat zaman dahulu kala, dalam nada simbolik membawa kisah
bagaimana perkakas dalam sebuah rumah saling melihat bebanan yang
ditanggung olehnya, dan merasakan bahawa yang lain tidak seteruknya.

Kisah bermula bilamana atap merasa dialah yang paling berat menanggung
bebanan berbanding yang lain, dia terpaksa menahan hujan, panas, dia
terpaksa berjemur ditengah-tengah panas, peritnya tak terkira, demikian
juga bila hujan turun, dialah yang terpaksa berhadapan dengan hujan ribut
ini.
Perasaan kecewa dan sedih bertambah bilamana atap tengok tiang yang
dirasakan lebih rehat dari dia, tak kena panas dan tak kena hujan, lalu ia
merungut:
“Sedapnya jadi tiang, tak kena jemur di terik panas mentari, dan tak payah
susah payah menahan hujan ribut, alangkah seronoknya kalau boleh jadi
tiang”.

Mendengarkan kata-kata atap, lalu tiang menjawab:
“Kamu tak tahu betapa setiap saat aku terpaksa memikul bebanan beratnya
atap, kayu alang dan kayu lain yang berat di atas bahu aku. Engkau atap,
lebih senang, tak payah pikul bebanan berat macam aku,”
rungut tiang.

Kata tiang terkadang aku cemburu tengok dinding, dia tak kena panas, dan
tak kena pikul bebanan berat macam kita. Sedang mereka berbual, rupanya
dinding mendengar, lalu menyampuk:
“Jangan kamu fikir yang panas dan berat saja. Aku lagi susah, nak kena jaga
keliling rumah ni, aku kena lindung semua isi rumah, akulah benteng
menutupi aib dalam rumah, akulah penyimpan rahsia mereka, tapi aku jugak
kena ketuk bilamana nak tampal, nak sangkut apa-apa. Sebenarnya aku rasa
yang senang, bukan aku, tapi tangga.”

Mendengar kata-kata dinding itu, tiba-tiba tangga pun mengeluh:
“Kamu jangan tengok hujan panas, bebanan saja. Tapi aku rasa aku nilah yang
paling berat antara semua perkakas rumah ni. Aku terpaksa kena hujan panas,
aku terpaksa pikul babanan orang pijak aku bila nak naik, bila nak turun,
dan lebih malang lagi mereka pijak aku dengan kekotoran yang mereka bawa.
Tapi bagi aku kalau ini yang telah ditakdirkan aku redha, biarlah aku
berkhidmat semampu aku, sebelum semua kita rebah menyembah bumi semuanya.”

MORAL OF THE STORY:-
Pengajaran dari kisah tersebut ialah jangan kita hanya nampak susah kita,
tapi tak pernah fikir susah orang lain, dan yang lebih penting jangan kita
nak jadi benda lain. Kita harus jadi kita, kerana itulah amanah yang diberi
kepada kita. Payahnya bilamana atap nak jadi tiang, tiang pulak nak jadi
dinding dan dinding pulak nak jadi tangga.




sedar atau tidak
kadang2 alam menjadi pendidik paling bermakna
ujian diibarat sperti kabus yg akan cerah kembali
dunia ibarat fatamorgana yg dilihat ada tp disentuh tiada



Ku lihat sahabatku,
Memeluk erat ibunya,
Mencium mesra tangan ayahnya
Menghidupkan hari dengan doa ibu bapa.

Buat hati itu,
Tiada cinta sejati melainkan cinta dariNya,
iada kasih sayang melainkan kasihnya ibu bapa,
Tiada kebahagiaan melainkan bahagianya sebuah keluarga.

Tapi bagiku,
Cinta buat Allah hanya ku punya,
Tiada pelukan manja seorang ibu,
Tiada didikan kasih seorang ayah,
Di dalam kamus hidupku.
Tatkala malam,
Allah dan air mata,
Sedih serta pilu,
Bayangan ibu dan bapa,
Impian kebahagiaan serta kegembiraan,
Yang mengiringi mimpiku.

Sesungguhnya Allah,
Yang mendengar doaku,
Yang melihat tangisku,
Yang mengetahui apa rasaku,



Terima kasih Ya Allah.....


pernah kah anda menanges kerane seorang sahabat...... tertawe pade seorang kawan....n tersenyum pade seorang teman....bile kah mase nyer





~jika perlu marah,marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan sabar
-jika perlu menangis, menangislah tapi usah terlupa dengan perkataan tenang
-jika perlu patuh, patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan
-jika mahu miskin,miskinlah tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi kufur
-jika mahu kaya, kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan sedekah
-jika mahi menjadi warak, lakukanlah ibadah sebanyak2nya tetapi jangan terlupa keperluan dunia
-kalau mahu sebuah kereta mewah, belilah selagi mampu tetapi jangan terlupa menepati
keperluan semasa
-kalau mahu beli sebuah rumah,belilah asalkan jangan tak tahu perkataan puas.
-kalau mahu menimbun harta, bekerja keraslah asalkan jangan sampai terlupa beribadah
-kalau mahu berhibur, berhiburlah asal tak sakan & menyalahi syariat
-kalau mahu memperkatakan orang, berkatalah asalkan jangan sampai mengumpat
-kalau mahu cemburu dengan kejayaan orang, cemburulah asalkan anda pun berusaha kuat
sepertinya

Maka, hidup bersederhana akan memastikan anda tak akan miskin selama-lamanya. Bersederhanalah dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara.





Kuliyah Ustaz Azhar Idrus,21 Safar/Rabu ,Surau Bukit Kecik

1.mintak izin masuk rumah org
-mmberi salam-"whai org2 yg b'iman, jgnlah kamu masuk ke dlm mana2 rumah yg bukan rumah kamu, shingga kamu lbih dahulu meminta izin serta mberi salam kpda pduduknya, yg demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu)."An-Nur Ayat : 27
-mtak izin masuk rumah..walapun tuan rumah jwb slm,kta xleh masuk slagi tuan rumah xbg izin..jwb salam xsmstinye menandakan bleh msuk..
-klau pntu terbuka,jgn bg slm dpn pntu.kena jauh dari pntu..
-sunat hanya beri salam 3x shaja klau tak terjawab,
-klau tak terjawab,sunat kta balik.."maka sekiranya kmu tdak mdapat sesiapa (yg berhak mberi izin) maka jgnlah masuk ke dlm rumah itu shingga kmu diberi izin dan jka dikatakn kpd kamu "Baliklah", maka hendak kamu berundur balik cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan."An-Nur Ayat : 28
-kalau ade tuan rumah,tp xterjawab..jgn slh fhm..mgkin dia jwb slow,atau ade urusan lain.
-sunat klau ttamu itu tdak duduk slagi tuan rumah tidak izin..
-tuan rumah jgn tanya ttamu jam pkul brape..mcm kinayah/sindiran
-sgera kluarkan makanan jka ttamu dtg..sunat..wlaupun sbiji kurma..
-tp kita mknan sikit xbrani wat kluar,takut org kate.duk main takut "org kate" kite jd punoh..
-kta perlu pertahankan sunnah nabi,bukan pertahankan adat..sape ikut sunnah nabi,Nabi s.a.w akan tlong di akhirat kelak..
-hukum bg slama adlah sunat,jwb adalah wajib..klau rmai fardu kifayah..hnya seorg sudah mncukupi..
-salam adlah ucapan dari Nabi-nabi..didlmnye terkandung doa..
-klau kaji agama lain berdosa jika agama sndiri(Islam) blum dikaji..
WALLAHUAHLAM...( ^ ^ )


Membeli barangan cetak rompak xbaik, kan? Samalah macam mencuri. Tapi, bila fikirkan balik.. Kalaulah kita terasa nak tonton sesuatu cerita, tapi malangnya cerita tu dilakonkan oleh orang Islam yang membuka aurat, dan kalau kita beli VCD original.. bukanke kita menyumbang ke arah keberjayaannya sesuatu filem tu? Dan, makin banyak filem yang dilakonkan Muslim yang membuka aurat akan dibikin. Maka, macam mana ya? Andai ada yang ter'tak-faham' dengan soalan ana, mohon tanya ya. Maaflah, macam berbelit sikit soalan. Syukran jazilan. (",)



Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah”. Seseorang lelaki berkata, Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian dan kasutnya cantik. Baginda s.a.w. bersabda,”Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Allah suka kepada keindahan”.

Riwayat Muslim



Masih banyak lagi doa orang-orang yang apabila dia berdoa Allah SWT akan kabulkan doanya, seperti doa kedua orang tua kepada anaknya, doa orang yang dalam musafir, doa seseorang kepada saudara ketika dia tidak mengetahuinya dan masih banyak lagi tentunya.....semoga kita termasuk orang yang mendapatkan kemuliaan dari Allah SWT dengan dikabulkan doa dan harapan kita semua. Amin ya Rabbal ‘alamin..( ^ ^ )



Umum mengetahui bahawa situasi keadaan di Malaysia di mana semua rakyatnya berhak untuk mendapatkan pendidikan. Walaubagaimanapun, mungkin timbul dalam usaha menuntut ilmu ini, persoalan tentang pergaulan yang mungkin wujud semasa proses pembelajaran tersebut. Sebagai pelajar sudah tentu akan wujud bentuk komunikasi antara rakan sekelas seperti bertanya soalan, study group dan tugasan secara berkumpulan dan sebagainya. Semua ini jelas menunjukkan betapa pergaulan tidak dapat dielakkan semasa proses pembelajaran...dan islam menggariskan adab2 ikhtilat dalam islam...

Tidak bersentuhan antara perempuan dan lelaki ajnabi.... Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat... Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan.... Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat... Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap... wangoiriha..


Rasulullah s.a.w telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat meningati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w bertanya: "Apa yang kamu ingat mengingatkan itu?" Kami menjawab:"Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya"; Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya saat kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat." Lalu Baginda s.a.w menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: Asap, Dajal (orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya) Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dari pihak barat), turunnya Nabi Isa anak Mariam, dan Ya'juj wa Ma'juj…"

Huzaifah bin Asid al-Ghifari r.a


Dari Aisyah r.ahn, katanya: Rasul s.a.w bersabda: “ sepuluh perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama, iaitu: menggunting misai, membiarkan janggut(tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi(membersihkan gigi), menyedut air-membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan beristinjak”. Kata Mas`ab (salah seorang rawi hadis ini): “dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir perkara itu) tidak lain dari berkumur-kumur..”


KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.




"Sepintar pintar manusia ialah manusia yang mengigati mati..''
''kullu nafsin zaaiqatul maut''etinya...setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian..
''Kita jangan takut mati,jangan cari mati,jangan lupakan mati,tapi rindukan mati.Kerana,mati adalah pintu berjumpa dengan ALLAH SWT.Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup,tapi mati adalah awal cerita sebenarnya,maka sambutlah kematian dengan penuh ketaqwaan...''




*seandainya satu mata rantai penghuni neraka itu diletakkan di gunung dunia,maka gunung i2 akn hancur dan mata rantai itu akn masuk ke bawah bumi lapis ketujuh..
*di neraka itu ada hawa zamharir yang sangat sejuk dan menanggalkan daging ,sehingga penghuni neraka meminta hawa pns neraka..
*AL-GHASAQ-adalah air mata yang dialiri dengan air panas,berbagai binatang berbisa,lalu didatangkan anak adam dan dicelupkan kedalamnya.dalam sekali celupan,kulit dan daging mereka berjatuhan dari tulan ,hingga kulit dan daging itu bergantung di punggung dan lutut ank adam.daging dan kulit i2 terkelupas seperti manusia melepas pakaian nya.
renungan bersama ^_^..lau ade silap betulkan lawh ea...



Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..



ekalipun kulukis keagunganMu
dalam goresan
sebagai tanda kesucian yg m'pererat jiwa
Engkau tetap Yg Teragung
dan tmpat sgala yg b'makna
Ya Tuhan,hanya pd keagunganMu
sgalanya trasa lpang...



Surah Al-Baqarah, ayat 216,

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.



Allah SWT berfirman yang bermaksud :

(Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa).
Surah Al-Taubah : 36.
....................................

Dua belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith yang telah diceritakan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata:

Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (riwayat Imam Ahmad).

Bulan dalam bahasa Arab disebut "Al-Syahru" bermaksud bulan yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang dipanggil bulan-bulan Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama adalah bermula ketika Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah sampai dan berhijrah ke Madinah. Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut :

Muharram
Muharam ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.

Safar
Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.

Rabiulawal dan Rabiulakhir
Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.


Jumadilawal dan Jumadilakhir
Jumadilawal (Jumada al-Awwal) dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.

Rejab
Rejab adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka’bah dibuka.

Syaaban
Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.

Ramadhan
Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.

Syawal
Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.

Zulkaedah
Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari ‘Qa ‘ada’ yakni duduk.

Zulhijjah
Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti “yang empunya haji”. Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka’bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.




PANTUN ISLAMIC......
Pisang gold u take belayar,
Masak sbiji on da peti,
Ilmu akhirat x many nk bljar,
Ilmu dunia mna leh bring mati,
Swing laju2,
Sampai on da pokok sena,
everybody wntz to be mju,
Mju but lupa Allah pa guna??
High2 ada matahari,
Anak cattle mati tertambat,
Study agama utk baiki dri,
Bukan dok compare sapa hebat....
Push papan pull papan,
Kranji fruit in da perahu,
Ilmu akhirat don't simpan2,
Amal dan pass kat yg x tahu.......... :)


Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:
“إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مَا يَتَ بَيَّنَ فِ يْهَا يَهْوِي بِهَا فِي النَّارِ أَبَدًا مِمَّا بَيْنَ
الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ”.
Maksudnya :
“Sesungguhnya seorang hamba itu berkata dengan satu
kalimah yang dianggap baginya tiada apa-apa kemudharatan
(walaupun kalimah itu dianggap biasa tetapi maknanya
kufur), sedangkan kerana kalimah itulah dia terjerumus ke
dalam api neraka yang jaraknya lebih jauh dari timur ke
barat”.
Pada hadis ini, al-Hafiz Ibnu Hajar al-`Asqalani di dalam kitabnya “Fath al-Bari” mentafsirkan hadis ini dengan berkata:
“وَذَلِكَ مَا كَانَ فِيْهَ اِسْتِخْفَافٌ بِاللهِ أَوْ بِشَرِيْعَتِهِ”.
Maksudnya :
“Dan perkara tersebut (yang boleh terjerumus ke dalam api
neraka) seperti menghina Allah atau menghina syariat-Nya”.
Kedua-dua hadis ini merupakan dalil yang kukuh bahawa seseorang
akan terjerumus ke dalam kekufuran dengan tidak disyaratkan dia
mesti mengetahui hukumnya bahawa hal tersebut menyebabkan jatuh
ke dalam kekufuran atau tidak harus dengan berlapang dada ketika
mengatakannya dan juga tidak semesti mempercayai makna lafaz
tersebut seperti yang dinyatakan di dalam kitab “Fiqh al-Sunnah”.
Begitu juga tidak disyaratkan bahawa seseorang itu jatuh ke dalam
kekufuran ketika bukan dalam keadaan marah. Kesimpulannya ialah
seseorang itu menjadi kafir jika keluar dari mulutnya perkataan kufur
walaupun dalam keadaan tenang ataupun marah sama ada individu
tersebut:
1. Mengetahui atau tidak tentang hukumnya ataupun
2. Percaya atau tidak apa yang dituturkannya ataupun
3. Suka atau tidak suka apa yang dituturkannya itu. Salah seorang ulama` yang menukilkan ijma` ulama` terhadap orang yang melafazkan perkataan kufur atau melakukan perbuatan kufur di kira terkeluar daripada Islam adalah al-Imam Taj al-Din al- Subki di dalam muqaddimah kitabnya “Al-Tobaqat”. Antara lain beliau
berkata:
“Tidak ada khilaf di sisi al-Imam al-Asy`ari dan sahabatsahabat
beliau serta semua umat Islam bahawa siapa yang
melafazkan kalimah kufur atau melakukan perbuatanperbuatan
orang kafir dikira kafir dengan Allah Yang Maha
Mulia. Dia akan berkekalan di dalam api neraka walaupun
hatinya mengetahui, dan tidak memberi manfaat sekadar
mengetahui hukum sedangkan dia menentang, pengetahuannya
itu menjadi sia-sia sahaja dan tidak ada perbezaan antara
dua orang muslim pada hal demikian”.
Berkata al-Imam Al-Nawawi yang bermaksud:
“Jika seseorang lelaki marah pada anaknya atau hambanya
dan memukulnya dengan teruk, kemudian datang seorang
yang lain bertanya kepadanya: kenapa engkau melakukan
ini? Tidakkah engkau seorang Islam? Dengan sengaja dia
menjawab, Tidak!, maka dia telah menjadi murtad (kafir)”.
Sebagaiman yang telah dimaklumi di dalam Islam, semua amalan
soleh yang dilakukan oleh seseorang dengan penuh keikhlasan hanya
akan diterima oleh Allah ta`ala sekiranya ia didasari dengan aqidah
yang benar dan jauh dari penyimpangan iman yang murni kepada Allah
ta`ala. Allah ta`ala tidak akan sama sekali menerima amal ibadah yang
dikerjakan oleh seseorang sedangkan individu tersebut masih beri`tikad
dengan i`tikad yang batil terhadap Allah subhanahu wata`ala. Dalam
hal ini Allah ta`ala berfirman di dalam al-Quran.

Allah Ta`ala berfirman:

“Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang
yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang
diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka
tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka
telah usahakan itu sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan
yang jauh dari dasar kebenaran”.(Surah Ibrahim : 18)

Allah Ta`ala berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang Yang kafir, harta benda mereka
dan anak-anak mereka, tidak sekali-kali akan dapat
menyelamatkan mereka dari (azab) Allah sedikitpun, dan
mereka itu ialah ahli neraka; mereka kekal di dalamnya.
(Surah Ali `Imran : 116 )

Allah Ta`ala berfirman :

“Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan
keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya:
manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap
melakukan Segala Yang diperintahkan”. (Surah al- Tahrim : 6)

Para Ulama` Dari Kalangan Empat Mazhab Membahagikan
Kufur Kepada 3 Jenis :
Antara ulama` yang muktabar yang membahagikan kufur ini kepada
tiga adalah al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya “Al-Minhaj” dan
kitabnya yang lain seperti “Raudhah al-Tholibin”:

“Murtad itu ialah terputusnya Islam disebabkan niat atau
percakapan atau perbuatan sama ada bertujuan untuk
menghina atau menentang atau beri`tiqad”

1. Kufur I`tiqad,

Contoh-contohnya :

a) Ragu-ragu/syak pada Allah atau Rasul-Nya atau al Quran atau
hari akhirat atau syurga atau neraka atau pahala atau seksa atau
selainnya daripada perkara-perkara yang telah disepakati oleh
ijma` ulama`.

b) Menyakini Allah bertempat di arah atas atau duduk atau
bersemayam di atas `Arasy atau berada di mana-mana tempat.

c) Meyakini Allah mempunyai tangan, kaki, muka dan anggota
yang lain atau menyakini Allah itu adalah cahaya, menyakini
bahawa syurga dan neraka tidak kekal, menyakini bahawa
Nabi yang pertama bukan Nabi Adam `alaihissalam dan lain lainnya.

d) Meyakini bahawa alam ini Qadim (tiada permulaan) atau
azali dengan jisim dan unsur serta susunannya atau beri`tikad
bahawa alam itu qadim dengan jenisnya saja.

e) Menafikan salah satu daripada sifat-sifat yang wajib bagi
Allah dengan kesepakatan ijma` ulama` seperti Allah Maha
Mengetahui atau menyandarkan sesuatu yang tidak layak
disandarkan kepada Dzat Allah (mustahil Allah mempunyai
sifat tersebut) dengan ijma` ulama` seperti Allah berjisim dan
sebagainya.

f) Menghalalkan perkara yang haram secara ijma` ulama` yang
telah diketahui hukumnya seperti zina, liwat (homoseks),
membunuh orang Islam tanpa dibenarkan oleh syarak
(membunuh tanpa hak), mencuri dan merompak.

g) Mengharamkan sesuatu yang jelas halal seperti berjual beli dan
nikah.

h) Menafikan kewajipan yang telah disepakati dengan ijma`
ulama` bahawa ia adalah wajib seperti solat lima waktu, atau
salah satu daripada sujud dari solat atau zakat, puasa, haji dan
wudhuk.

i) Mewajibkan perkara yang tidak wajib secara ijma` atau
menafikan apa yang telah disyariatkan secara ijma` ulama`.

j) Berazam untuk ingin menjadi kafir pada masa akan datang.

k) Berazam untuk melakukan apa-apa yang telah dinyatakan
tadi.

l) Teragak-agak atau ragu-ragu sama ada ingin menjadi kafir atau
tidak. Ini tidak termasuk khuatir fikiran atau lintasan yang
datang dengan sendiri secara tiba-tiba tanpa disengajakan,
maka ia tidak jatuh kafir.

m) Mengingkari kerasulan salah seorang dari kalangan para rasul
yang mana kerasulannya telah disepakati secara ijma` ulama`.

n) Menolak/menafikan/mengingkari salah satu huruf al Quranyang telah disepakati oleh ijma` ulama` sebagai salah satu daripada ayat al Quran atau menambah walau satu huruf di dalam al-Quran yang telah disepakati oleh ijma` atas
ketiadaannya.

o) Mendustakan salah seorang rasul atau merendahkan
kedudukannya dan sifat-sifatnya.

p) Mempersendakan nama rasul dengan niat untuk menghina.

q) Berkeyakinan bahawa ada nabi selepas Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam.

2. Kufur Fi`li,

Contoh-contohnya adalah:

a) Sujud kepada berhala atau matahari atau bulan walaupun
tidak ada niat untuk menyembahnya kerana yang demikian
itu adalah termasuk daripada perbuatan yang dilakukan oleh
orang kafir, maka perbuatan tersebut akan membawa kepada
kufur yang mutlak.

b) Sujud kepada syaitan sepertimana yang dilakukan oleh
sebahagian manusia yang mempelajari ilmu sihir.

c) Begitu juga bersujud kepada makhluk yang lain seperti manusia
dengan tujuan untuk menyembahnya.

d) Manakala sujud kepada manusia bertujuan untuk
menghormatinya, maka ia adalah haram dalam syariat kita dan
ia harus pula dalam syariat sebelum kita dari kalangan para nabi
seperti sujud yang dilakukan oleh para malaikat kepada Nabi
Adam yang mana tujuan untuk hormat dan bukan bertujuan
untuk menyembah Nabi Adam.

e) Melempar mushaf atau kertas-kertas yang tertulis padanya ayatayat
suci al Quran atau nama-nama yang diagungkan ke tempat
sampah atau memijaknya dengan sengaja dan lain-lain.

3. Kufur Qawli, bahagian kufur yang disebabkan oleh percakapan
ini banyak sekali sehingga tidak terkira.

Antara contoh-contohnya adalah :

a) Apabila seorang muslim memanggil orang Islam yang lain
dengan panggilan “Wahai kafir, atau wahai Yahudi atau
wahai Nasrani atau wahai orang yang tidak beragama (atheis)”
dengan maksud bahawa agama orang yang dipanggil adalah
kufur atau agamanya adalah Yahudi atau Nasrani ataupun
tidak beragama.

b) Mencaci atau menghina Allah, para Rasul, para Nabi, Malaikat
atau Islam. Meremehkan janji Allah dan ancaman Allah,
menentang Allah, mengharamkan perkara yang jelas halal,
menghalalkan perkara yang jelas haram dan lain-lain.

c) Berkata: “Jika Allah perintahkan ini padaku, maka aku tidak
akan lakukannya” dengan tujuan untuk memperkecilkan atau
kerana kedegilan sehingga yang demikian itu menunjukkan
seolah-olah Allah tidak berhak ditaati.

d) Berkata: “Jika arah Qiblat berubah aku tidak mahu bersolat
aku tidak mahu bersolat menghadapnya” dengan tujuan untuk
meremeh-remehkan atau kerana kedegilan sehingga yang
demikian itu menunjukkan seolah-olah menghadap Qiblat
ketika bersolat adalah bukan satu kewajipan walaupun dia
percaya bahawa tiada sah solat melainkan dengan menghadap
ke arah Qiblat.

e) Berkata: “Jika Allah mengurniakan aku syurga, maka aku
tidak akan memasukinya” dengan tujuan untuk memperkecilkecilkan
atau kerana kedegilan dengan kata lain menolak ganjaran atau kurniaan Allah walaupun dia mengetahui ganjaran atau kurniaan dari Allah adalah sebahagian dari agama.

f) Berkata: “Jika Allah mengazabku kerana aku meninggalkan
solat apabila aku sakit, maka Allah menzalimiku”.

g) Berkata: “Ada perkara yang bukan berlaku dengan kehendak
Allah”.

h) Berkata: “Jika para Nabi, para Malaikat atau semua orang
Islam mengaku atau bersaksi mengenai sesuatu dihadapanku,
aku tidak akan menerimanya”.

i) Berkata: “Aku tidak akan melakukan sesuatu perkara itu
walaupun ianya adalah sunnah” dengan maksud mencemuh
atau mengejek.

j) Berkata: “Jika si fulan itu adalah Nabi, maka aku tidak akan
mempercayainya”.

k) Berkata: “Undang-undang apa ini? Apabila seorang ulama`
memberi hukum Islam dengan tujuan untuk memperkecilkecilkan
undang-undang Islam.

l) Berkata: “Semoga Allah melaknati setiap ulama`”.

m) Berkata: “Aku tidak menerima Allah, para malaikat, Nabi, al-
Quran, undang-undang Islam atau agama Islam”.

n) Menyumpah-nyumpah pada mana-mana Nabi atau malaikat.

o) Berkata: “Aku akan jadi bapa ayam kalau aku mengerjakan
solat”.

p) Berkata: “Aku tidak dapat apa-apa faedah pun semenjak aku
mengerjakan solat”.

q) Berkata: “Solat tidak memberi apa-apa faedah padaku” dengan
tujuan untuk mengejek.

r) Berkata kepada orang Islam yang lain: “Aku adalah musuh
engkau dan musuh Nabi engkau”.

s) Berkata kepada keturunan Nabi, “Aku adalah musuh engkau dan
musuh datuk engkau yakni Nabi Muhammad sallallahu`alaihi
wasallam”.

t) Berkata apa-apa yang maksudnya seperti yang disebutkan di
atas, dengan maksud membenci atau dengan menggunakan
perkataan yang tidak elok/buruk.

Percakapan yang dikecuali daripada jatuh ke dalam
kekufuran:
1. Tersasul (tidak sengaja).
2. Hilang akal (gila).
3. Dipaksa mengucap perkataan kufur dengan di ancam bunuh.
Syaratnya, tidak meredhai apa yang diucapkan dan sekiranya
dia redha, maka tetap di hukum kufur.
4. Menyebut perkataan kufur dengan Adat al-Hikayat seperti si
fulan mengatakan begini-begini (perkataan kufur).
Terdapat ramai para fuqaha’ seperti Hanafiyy, Badr al-Rashid,
yang hidup pada hampir tahun 800 Hijrah (kurun ke 7 Hijrah)
dan Qadhi `Iyad (semoga Allah merahmati mereka) yang telah
banyak menyenaraikan banyak perkataan kufur yang perlu diketahui
kerana barangsiapa yang tidak mengetahuinya, syaitan lebih mudah
mempengaruhinya.



السفر في ميدان الدعوة، محتاج إلى تضحية،
مشترك في نشر معرفة، ومنبِّه بكل عبرة،
مأخوذة من كل خبرة، في طورل الحياة،
ليس هذا لأجل أجرة، فإنما لوجه الله وحده
اللهم نسألك الاستقامة، حتى تدخلنا الجنة
اللهم آمين يا مالك الدنيا والآخرة
Perjalanan dalam medan dakwah, memerlukan kpd tadhiyah,
berkongsi menyebarkan ma'krifah, mengingatkan dgn segala 'ibrah,
diambil drpd segala khibrah, yg dilalui sepanjang hayah,
bukanlah ianya kerana ujrah, tetapi hanya kerana Allah wahdah!..
Ya Allah kami memohon diberi Istiqamah, sehingga kami dimasukkan ke Jannah..
Perkenankanlah Wahai Tuhan Pemilik Dunia dan Akhirah !~

Penerangan perbendaharaan kata:
tadhiyah: pgorbanan
ma'rifah: ilmu pngetahuan
'ibrah: pengajaran
khibrah:pnglaman
hayah: khdupan
ujrah: upah/ganjaran
wahdah: satu-satunya/semata-mata



SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??


Sebagai renungan dan Ingatan bersama…
InsyaAllah

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya


لا تبك إن لم يقدِّر نفسك من أحد ولا شكر لها
ولكن فابك كل بكاء إن كانت نفسك لا قيمة لها
Janganlah kamu bersedih, jika dirimu tidak dihargai dan disyukuri lagi
tetapi menangislah dengan sekuatnya, jika dirimu tidak berharga lagi !~



R E N U N G A N:

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)........ Kalong

....... T E T A P I...
KITA JUGA LUPA......
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- Madinah ---- Mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100..00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ....

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU.....

7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... . .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..
dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...


.......infiniti. ......

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassalam.



p/s: Kalau rajin... hmmm. .kalu rajin la... Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.



~Doa~

Ya Muqollibal Qulub.. Tetapkan hati kami dlm mntaatiMu, kami tramat lemah & hina,kami hanyalah hambaMu.

Ya 'Alim,kami hamba yg engkar dlm mentaatiMu,kami sedar tubuh badan kami adlh milikMu,nyawa kami hanyalah pinjaman dariMu,harta kami adlh milikMu,segala-galanya adlh milikMu,kami langsung tak mmiliki apa2.

Ya Ghaffar,kami kadang2 kalah dipujuk rayu syaitan,kami langsung tak layak utk mminjam sgala nikmatMu lantaran dosa2 kami

Ya Rahim,kami sedar betapa jijiknya andai kami mlakukan mksiat kpadaMu

Ya Rahman,bimbinglah kami kembali kpadaMu,kami adlh harapan kluarga kami,harapan masyarakat

Ya Muqollibal Qulub,jangan biarkan diri kami mnentukan sndiri p'buatan kami walau sesaat,aturlah sgala p'buatan kami ke arah kasih sayangMu

Allahumma Aaamin...




wAhAi pEncIntA iLahI ...
kita punya hati,
jangan biarkan ianya mati,
mati si mati tidak seperti matinya hati,
mati si mati memberi erti,
menjadi ubat penawar diri,
buat si hidup yang punya hati.

Tapi sebaliknya pada hati yang mati,
ia amat sukar untuk diubati,
bukan sahaja tidak memberi erti,
bahkan tidak pun mengerti.

WAHAI pencari cinta ilahi,
renungkanlah catitan ini,

tintaan khas dari hati,
untuk semua yang berhati.

Jangan tunggu datangnya mimpi,
tapi impilah sekarang di muda hari,
untuk bagaimana menjaga seketul hati,
sebelum senja dijangkau nanti.

Didiklah akan hati,
ingatlah pada mati,
insyaALLAH syurga akan menanti... (22/01/11)



sy dapat tahu drp ustaz di maahad , kata ustaz : seorang paderi yang dulu pernah membakar quran , akan mengadakan hari pembicaraan kitab suci AL-quran . yang mengatakan AL-quran adalah pencetus kepada permusuhan , kpd pembunuhan , dan segala keburukan , dan paderi itu mencabar mana mana ulama yg ingin berhujjah dgn dia .

pesan ustaz kpd kami tadi : harap kpd semua, berdoa kpd ALLAH agar ulama yang pergi berhujjah dgn nya dapat memberi hujjah yg terbaik , dapat melawan tuduhan palsu itu . insya ALLAH sama sama kita berdoa .

- harap pehe lah gapo hk sayo nok sapa , sebab payoh weh kalu nok naip nih -



Surah Ali-Imran, ayat 137:
((Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah (hukumanNYA kpd org kafir dulu2); Karena itu berjalanlah kamu di muka bumi (teruskan berjalan ke hadapan) dan (dalam masa yg sama) perhatikanlah (kisah-kisah dahulukala) bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul) (sebagai pedoman dan pengajaran).))

Teruskan Perjalanan ke hadapan, merancang utk menuju kejayaan, namun jgn lupa utk memerhatikan peristiwa yg telah berlalu sbg pedoman dan pengajaran..
So, istilah "move forward, don't look back" perlu dikaji semula.. =) wallahu'alam..








Iman Hasan Al-Basri berkata''Aku tahu rezekiku tidak dimakan org lain,kerananya hatiku menjadi tenang(tidak tamak)Aku tahu amalan2ku tidak mungkin dilakukan org lain,maka aku sibukkan diriku dgn beramal.Aku tahu ALLAH selalu melihatku,kerananya aku malu bila ALLAH mendapatiku berbuat maksiat.Aku tahu kematian menantiku,maka aku persiapkan bekal untk berjumpa dgn Rabbku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...