KUNCI PERSAHABATAN

KUNCI PERSAHABATAN
  1. Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan tetapi jangan mengenepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda. Bersikap terbuka baik untuk anda.
  2. Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.
  3. Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
  4. Hargai pendapat satu sama lain.
  5. Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
  6. Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
  7. Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan. Sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
  8. Belajar daripada satu sama lain.
  9. Jangan mengata di belakang kawan anda.
  10. Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.


Batasan Persahabatan
Perjalinan sebuah persahabatan juga ada batasannya tertentu. Kamu perlu tahu di manakah batasan kamu dengan temanmu demi memelihara persahabatan yang sedia terjalin. "Persahabatanku dengan Misha renggang seketika tahun lepas." kata Hanim, 22, dari Kuala Lumpur. "Walaupun sudah bertunang namun Misha masih membuat hubungan sulit dengan jejaka lain. Suatu hari, dia suruh aku berbohong dengan tunangnya, Kamarul bahawa Misha akan bersamaku di hujung minggu. Tapi, sebenarnya dia mahu menghabiskan hari minggu bersama 'kekasih'nya itu." jelas Hanim.
Namun begitu, Hanim tidak dapat menunaikan permintaan Misha kerana dia tidak mahu berbohong. Apatah lagi Kamarul juga adalah teman baiknya. "Misha amat terkejut bila aku enggan menolongnya. Dia ingat aku rasa cemburu melihat hubungannya dengan 'kekasih'nya tapi semua itu adalah tidak benar. Aku tidak mahu berbohong pada sesiapa pun. Persahabatan kami bertambah buruk selepas itu.'' ujar Hanim.
Segala-galanya berubah bila hubungan Misha dengan jejaka tersebut terputus. Persahabatan mereka kembali baik seperti dahulu kala. "Misha tahu aku sentiasa berada di sisinya. Dia juga tahu aku tidak akan berbohong untuknya." ujar Hanim.
Melangkahi batasan persahabatat adalah terlalu berisiko tinggi. Kita perlu saling menghormati antara satu sama lain dan bersikap optimis.
Prinsip bercanggah
Setiap orang ada prinsip dalam hidupnya. Begitu juga dengan persahabatan di mana prinsip memainkan peranan penting. Sering terjadi antara dua teman yang bercanggah prinsip.
Farouk berkata, "Dulu, aku ada seorang teman yang bernama Ifah. Kami dah lama kenal dan selau juga keluar berhibur bersama. Suatu hari, aku terkejut besar melihat sikapnya yang terlalu bongkak. Aku cuba mendapatkan pandangannya terhadap isu `gay’ dan bangsa-bangsa lain. Cara Ifah menjawab terlalu bongkak sehingga menyinggung perasaanku."
"Selepas itu,aku cuba sebaik mungkin tidak membincangkan isu-isu seperti itu dengan Ifah. Namun, persahabatan kami sudah mula pudar. Tidak seperti dulu. Kini, lfah seolah-olah orang asing bagiku. Mungkin ada orang mengatakan aku nie tidak dapat menerima kata-kata Ifah. Sebenarnya, aku ada ramai teman dan aku tidak dapat terima sikap Ifah yang enggan terima pandangan orang lain. Dia ingat pandangannya saja yang betul manakala orang lain salah." sambung Farouk. Sekiranya ada wujud percangghan prinsip ataupun pandangan berbeza dalam persahabatan, kamu perlu meluangkan masa mengkaji di manakah kamu boleh perhaiki keadaan tersebut. Persahabatan kamu akan bertambah kuat jika kamu ada rasa hormat terhadapnya.
Hubungan terlalu erat
Jika mempunyai teman yang terlalu erat hubungan dengamnu memang menyeronokkan. Kamu ada teman yang boleh diharapkan, dipercayai dan dikasihi. Tapi, jika hubungan itu ,sudah sampai ke pringkat yang TERLALU rapat sehinggakan orang lain kata kamu berdua dah macam kembar Siam, kamu perlu lakukan sesuatu!! Mungkin kamu perlu ada identiti tersendiri.
"Erina dan aku adalah teman rapat sejak di sekolah rendah lagi. Selepas SPM, kami mengikuti kursus komputer di kolej yang sama. Malah, kami bekerja di syarikat yang sama setelah tamat kursus." kata Jurina, 23 yang bekeria sebagai penganalisa komputer.
"Teman-teman di pejabat tahu hubungan akrab kami dan mereka selalu kata kami seperti kembar yang payah dipisakkan. Selain itu, mereka juga mengatakan kami beridentiti sama. Pada mulanya memang ada keseronokan tapi kemudian kami mula rasa ada suatu tekanan kerana dicop sebagai Batman dan Robin di pejabat. Kami mula `memberontak'." jelas Jurina. Apa yang dirasakan oleh Jurina dan Erina ialah mereka mahukan kembali identiti mereka sendiri. Jurina sudah jarang menghadiri majlis bersama Erina. Malah, selain di pejabat, mereka sudah bersepakat tidak akan menelefon antara mereka. "Kami perlukan ruang untuk berfikir bukan hanya mahu mengenali diri sendiri. Hasilnya sungguh baik.Teman-teman sepejabat sudah tidak lagi menganggap ' kembar Siam, dan hubungan kami semakin erat berbanding sebelum ini. Sebenarnya, yang penting ialah diri kamu sendiri yang membuat kamu istimewa. ' ujar Jurina.
Cemburu
Jika kamu berdua jatuh cinta pada jejaka yang sama tentulah keadaan akan bertambah buruk. Perasaan cemburu boleh memusnahkan sebuah persahahatan walau seerat mana pun persahabatan itu. Ingat kata pepatah lama yang berbunyi, "Persahabatan adalah kasih sayang tanpa sayap". Pesanannya mudah iaitu jangan membiarkan seorang jejaka/gadis hadir dalam hidupmu tapi memusnahkan persahabatan kamu dengan orang yang paling rapat denganmu, contohnya teman-teman. Sekiranya dia adalah teman yang sesuai untukmu maka dia sudah tergolong di antara mereka.







semanis bicaraku
semanis bicaraku Nama asal usul ana yg diberi MUHAMMAD LUQMAN AL HAKIM BIN MUSA...ana sekarang menempat di tanah merah kelantan,tarikh lahir ana 18/09/1992,sekolah seawal ana di sekolah keb sri suria 2...dan berpindah pula ke sekolah sri suria 3...dan sekali lagi ana bertukr ke sekolah sru(a)diniah padang siam,dan setelah mnamatkan pngjian di sekolah rendah,ana melanjutkan pelajran ana di sekolah maahad ahmadi tanah merah(matm)dan ana melnjutkan lagi pelajran ana di kolej yayasan islam kelantan(koyik)walaupun natijah menyambung pengajian di UNIVERSITI AL ISLAM MADINAH MUNAWWARAH(UIM) agak lewat sedkit,sy mngmbil kesempatan yg penuh mkna ini untuk sambung pelajrn sy dkt mesir,al azhar kaherah.....ana anak yg kelima drpd 8 orng adik beradik

Post a Comment for "KUNCI PERSAHABATAN"