AQIDAH IMAM ABU HANIFAH RAH. “ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT”!!!



Setiap hari, semenjak tahun 1980 M lagi, Wahhabiyyah (Mujassimah) semakin rancak MENTAHRIF dan MEMALSUKAN isi segala Kitab-kitab Kuning AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH AL-ASYA^IRAH WAL MATURIDIYYAH !!!

Wahhabiy (Mujassimah) mengatakan bahawa ;

"Imam Abu Hanifah rah sendiri yang mengatakan bahawa ALLAH Ta^ALA BERADA di atas Arasy !!!"

Sedangkan ini Pendustaan yang amat Besar di dalam Agama !!!

Mudah-mudahan Allah Ta^ala menghancur leburkan Puak-puak Ahli Hawa Nafsu ini kerana BERDUSTA di atas nama Imam Abu Hanifah rah.!!!

Marilah kita sama-sama melihat kenyataan Imam Abu Hanifah rah. yang membantu gurunya, Asy-Syaikh Hammad untuk MELAWAN orang-orangAtheis (Tak Percaya Tuhan). Perhatikanlah kenyataan Imam Abu Hanifahyang mempertahankan Aqidah yang Haq, iaitu ;

“ALLAH TA^ALA WUJUD TANPA BERTEMPAT !!!”

Tersebut di dalam Kitab Fathul Majid Syarhun ‘Alad Durril Farid Fi ‘Aqaidie Ahlit Tauhid, bagi Hadratusy Syaikh Al-Mukarram Al-Fadil Al-Alim Al-'Allamah Abi 'Abdil Mu'tiy Muhammad Ibni Umar Ibnu Ali An-Nawawiy Al-Banteniy At-Tanariy Sayyidu Ulamail Hijaz, ms 7, baris 7 dari atas.

Atau ;



(Terjemahan yang ditulis di bawah ini tidak ada kaitan sama sekali dengan huruf-huruf yang terkandung di dalam Kitab Fathul Majid Syarhun ‘Alad Durril Farid di atas. Kitab di atas diletakkan hanya sekadar sumber rujukan asal. Terjemahan di bawah ini sudah ditukar kepada bahasa moden yang mengandungi sangat banyak perubahan. Kepada mereka yang boleh membaca Kitab Arab, digalakkan hanya merujuk yang original)

Dan, seperti apa yang telah dihikayatkan.

Telah datang seorang Dahri (Atheis [1]) pada zaman Asy-Syaikh Hammad, iaitu guru kepada Imam Abi Hanifah rah.

Dan, Dahri telah memanggil sekalian ^Ulama untuk berhujah dengannya.

Dahri berkata ;

“Kata kamu, ALLAH itu Wujud.

Bagaimana ALLAH boleh Wujud tanpa bertempat?

Sedangkan, tidak ada sesuatu yang Wujud, melainkan mempunyai tempat!”

Tidak ada sesiapa yang dapat mengalahkan hujah Dahri ini. Maka, beberapa orang pengikut Dahri telah bertanya kepada sekalian manusia ;

“Adakah masih wujud lagi ^Ulama di sisi kamu yang boleh menjawab persoalan kami ini?”

Maka, sahut orang banyak ;

“Ada lagi, iaitu Asy-Syaikh Hammad.”

Maka, berkata Dahri ;

“Hai Khalifah (Amirul Mukminin)!

Datangkan Hammad kepadaku, supaya aku dapat berhujah dengannya!”

Maka, Khalifah pun memanggil Asy-Syaikh Hammad. Dan, Asy-Syaikh Hammad pun berkata ;

“Berikan tempoh kepadaku satu malam!”

Di awal pagi hari, datanglah seorang budak kecil kepada Asy-Syaikh Hammad, nama budak kecil itu ialah Abu Hanifah.

Abu Hanifah melihat gurunya Asy-Syaikh Hammad di dalam keadaan dukacita yang amat.

Maka, bertanya Abu Hanifah kepada gurunya ;

“Apakah yang menyebabkan engkau berdukacita, wahai Guruku?”

Maka, berkata ia ;

“Bagaimana aku boleh tidak berdukacita.

Semalam, Khalifah Amirul Mukminin telah memanggil diriku untuk berhujah dengan Dahri di hadapan sekalian ^Ulama.

Dan, semasa tidurku pula. Aku telah bermimpi dengan sesuatu yang sangat tidak elok.”

Maka, berkata Abu Hanifah ;

“Apakah ia?”

Katanya (Asy-Syaikh Hammad) ;

“Aku bermimpi melihat sebuah negeri yang sangat luas, lagi cantik berhias. Dan, ditengah-tengah negeri itu terdapat sepohon kayu yang berbuah.

Tiba-tiba, muncul dari salah satu penjuru negeri itu seekor babi.

Babi itu datang ke pohon tersebut, dan memakan segala daun dan buah di pohon kayu itu sehingga habis.

Kemudian, babi itu memakan segala cabang-cabang pohon tersebut sehinggakan yang tinggal hanyalah batang pohon itu semata-mata.

Tiba-tiba, keluar dari pangkal pohon kayu itu seekor Singa.

Maka, singa itu pun menangkap babi tersebut dan membunuhnya.”

Maka,  berkata Abu Hanifah ;

 “Allah Ta^ala telah mengajarkan kepadaku Ilmu Ta^bir Mimpi. (Ilmu menerangkan maksud mimpi.)

 Maka, mimpi ini baik bagi kita. Dan, jahat bagi seteru (musuh) kita.

 Jikalau engkau izinkan, aku akan menerangkan maksud mimpi tersebut.”

Maka, berkata Asy-Syaikh Hammad ;

Ta^bir kanlah mimpi itu, wahai Nu^man bin Tsabit (Nama sebenar Abu Hanifah).”

Maka, berkata ia (Abu Hanifah) ;

“Negeri yang luas lagi berhias itu adalah Agama Islam.

Dan, pohon kayu yang berbuah itu ialah ^Ulama.

Dan, pangkal pohon yang tinggal itu ialah engkau, wahai guruku!

Dan, babi itu ialah Dahri.

Dan, Singa yang membunuh babi itu ialah aku.

Berangkatlah sekarang, dan aku akan mengikuti mu. Dengan berkah cita-cita dan kemuliaanmu, aku akan berhujah dengan Dahri.

Dan, aku akan jawab hujahnya.”

Maka, sukalah Asy-Syaikh Hammad dan berjalanlah kedua-duanya menuju ke Masjid Jamek.

Maka, datanglah Khalifah ke Masjid Jamek tersebut, dan berhimpunlah segala manusia pada majlis itu.

Dan, berdiri Abu Hanifah di hadapan kerusi gurunya, sambil memegang kasut gurunya dan juga kasut dirinya.

Maka, datang Dahri dan naik ia di atas mimbar. Dan, berkata ia ;

“Siapa yang akan menjawab soalanku ini?”

Maka, sahut Abu Hanifah ;

“Apakah soalannya? Sila nyatakan!

Orang yang mengetahui akan menjawab soalan kamu itu.”

Maka, berkata Dahriy ;

“Siapakah engkau hai kanak-kanak?

Di sisi aku, terdapat beberapa orang yang mempunyai pakaian kemegahan yang dahsyat-dahsyat, orang yang tua-tua, dan serban yang besar-besar, dan yang mempunyai kain kemegahan yang cantik-cantik, dan tangan baju yang luas-luas.

Semuanya LEMAH untuk mengalahkan hujahku, inikan pula engkau !!!

Sedangkan, engkau ini KECIL dan HINA !!!”

Maka, berkata Abu Hanifah ;

“Allah Ta^ala tidak meletakkan Kemuliaan dan Kebesaran itu kepada orang yang mempunyai serban yang besar-besar, dan kain kemegahan yang dahsyat-dahsyat, dan tangan baju yang luas-luas.

Tetapi, diletakkan kesemua itu ke atas ^Ulama.

Seperti Firman Allah Ta^ala, Surah Mujaadalah, ayat 11 ;

Terjemahan - “… Supaya Allah meninggikan Darjat orang-orang yang Beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (dari kalangan kamu) beberapa Darjat.”


Maka, berkata Dahri itu ;

“Adakah engkau yang akan menjawab segala soalan ku?”

Maka, kata Abu Hanifah ;

“Bahkan (Sudah tentu) !

Aku akan menjawab soalan engkau dengan Taufiq Allah!!!”

Maka, berkata ia (Dahri) ;

“Adakah Allah itu MAUJUD (Ada) ?”

Maka, jawab Abu Hanifah ;

“Bahkan (Sudah tentu) !”

Berkata ia (Dahri) ;

“Di manakan  Ia (Allah Ta^ala)?”

Kata Abu Hanifah ; 

“TIDAK ADA BAGI-NYA TEMPAT!!!”

(Inilah jawapan Imam Abu Hanifah rah. yang sebenarnya mengenai Kewujudan Allah Ta^ala, iaitu ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT. – Pent.)

Kata Dahri ;

“Bagaimana boleh ALLAH ada, sedangkan tidak ada tempat bagi-Nya?”

Kata Abu Hanifah ;

“Bagi persoalan kamu ini, dalilnya (buktinya) ada pada diri kamu.”

Katanya (Dahriy) ;

“Apakah ia dalilnya?”

Kata ia (Abu Hanifah) ;

“Tidakkah diri kamu ini mempunyai nyawa?”

Maka, katanya (Dahriy) ;

“Bahkan (Sudah tentu) !”

Kata Abu Hanifah ;

“Di manakah tempat roh kamu itu?

Di kepalakah?

Atau, diperut kamukah?

Atau, di kaki kamukah?”


Maka, tercengang ia (Dahriy).

Kemudian, Abu Hanifah meminta diberikan air susu buah. Air susu buah ini dijadikan dalil yang kedua.

Dan, berkata ia (Abu Hanifah) ;

“Bukankah di dalam air susu ini terkandungnya lemak (minyak)?’

Kata Dahriy ;

“Bahkan (Sudah tentu) !”

Kata Abu Hanifah ;

“Di manakah tempatnya?

Di ataskah?

Atau, di bawahkah?”

Maka, tercengang pula Dahriy.


Maka, berkata pula Abu Hanifah ;

“Seperti mana tidak didapati tempat bagi roh di dalam tubuh.

Dan juga, tidak didapati tempat bagi lemak di dalam air susu buah.

Lebih-lebih lagi bagi Allah Ta^ala, tidak didapati tempat bagi diri-Nya di alam ini.”

 ………………………….

(Bukanlah kenyataan di atas ini membawa makna bahawa Allah Ta^ala BERADA di mana-mana, seperti minyak berada di mana-mana di dalam air susu buah, atau roh berada di mana-mana di dalam tubuh badan.

Tetapi, hanya sekadar memberi contoh perbandingan ZAHIR untuk mengalahkan LOGIK AKAL atau MANTIK kaum Atheis. Sedangkan, Imam Abu Hanifah telah pun memberikan jawapan yang sebenarnya iaitu, “Tidak ada bagi-Nya Tempat.

Maka, tamatlah hujah bagi soalan yang pertama. Maka, gagallah Dahriy melawan hujah yang dikeluarkan oleh Abu Hanifah. Dahriy mengeluarkan soalan yang kedua pula! – Pent.)


Kata Dahri ;

“Apakah yang ada sebelum ALLAH?

Dan, apakah yang ada selepas-Nya?

Kata Abu Hanifah ;

“TIDAK ADA SESUATU SEBELUM-NYA.

DAN, TIDAK ADA SESUATU SELEPAS-NYA!”

Kata Dahriy ;

“Adalah sesuatu yang Mustahil dan tidak dapat digambarkan!!!

Bagaimana boleh sesuatu yang Wujud, tetapi tidak ada sesuatu yang sebelumnya, dan tidak ada sesuatu yang selepasnya?”

(Dahri ingin menguji Abu Hanifah dengan mengatakan, bagaimana sesuatu itu boleh ada tanpa ada yang membuatnya atau menjadikannya. Contoh ; wujudnya kerusi. Mestilah ada pembuat kerusi yang mengadakan dan menjadikan kerusi. Mustahil dan tidak tergambar bahawa kerusi boleh mengadakan dirinya dengan sendirinya. – Pent.)

Kata Abu Hanifah baginya ;

“Bagi masalah ini, dalilnya juga ada pada badan kamu.”

Kata ia (Dahriy) ;

“Apa ia?”

Katanya (Abu Hanifah) ;

“Apakah yang ada sebelum ibu jari kamu?

Dan, apakah yang ada selepas jari kelengking kamu?”

Maka katanya (Dahriy) ;

“Tidak ada sesuatu sebelum ibu jari tanganku, dan tidak ada sesuatu selepas jari kelingking ku.”

Maka, kata Abu Hanifah ;

“Jika begitu, lebih-lebih lagi Allah Ta^ala !!!

Tidak ada sesuatu sebelum-Nya.

Dan, tidak ada sesuatu selepas-Nya!”

            ……………………

(Maka, matilah hujah akal Dahri yang kedua. Dahri mengeluarkan lagi hujahnya yang lain. – Pent.)


(Kata Dahri) ;

“Hanya tinggal satu lagi pertanyaan.”

Katanya (Abu Hanifah) ;

“Sila kamu nyatakan, aku akan menjawabnya, Insya Allahi Ta^ala!”

Katanya (Dahriy) ;

“Apa kerja Allah sekarang?”

Kata Abu Hanifah ;

“Untuk pengetahuan engkau, engkau telah membuat sesuatu pekerjaan yang terbalik.

Sepatutnya, orang yang memberikan jawapan berada di atas mimbar.

Manakala, orang yang bertanya pula, berada di bawah mimbar.

Sebaiknya, engkau turun dan aku naik untuk menjawab soalanmu!”

Maka, turun ia (Dahriy), dan naik Abu Hanifah atas Mimbar. Maka, tatkala duduk Abu Hanifah di atas Mimbar.

Maka, Dahriy mengulangi soalannya kembali. Dan, Abu Hanifah pun berkata ;

“Kerja Allah sekarang ini ialah menggugurkan yang Batil (Sesat/rosak),seperti menurunkan kamu daripada atas ke bawah.

Dan, menaikkan yang Haq (Benar), seperti menaikkan aku daripada bawah ke atas.”

Maka, lalu ia (Dahriy) dan putus hujahnya.

………………………..

Berhati-hatilah dengan TIPUDAYA DAN DUSTAAN WAHHABIY (Mujassimah) yang menyatakan bahawa Imam Abu Hanifah rah mengatakan ‘Allah Ta^ala duduk di atas Arasy.’

Kesimpulannya ialah ;

“ALLAH TA^ALA WUJUD TANPA BERTEMPAT”

[1] Atheis adalah satu golongan fahaman yang tidak mempercayai Kewujudan Tuhan.

-------------------------------------------------------------

Kenyataan yang semakna di atas boleh dilihat di dalam Kitab ‘Aqidatun Najin Fi ‘Ilmi Usuliddin, bagi Al-’Alim Al-’Allamah Asy-Syaikh Zainul ‘Abidin bin Muhammad Al-Fathani, ms 7 hingga 9, baris 9 dari bawah.





..................................................

WAJIB SAMPAIKAN DAN SEBARKAN !!!

Semoga Allah Ta^ala sahaja yang dapat membalas JASA kalian kerana menyebarkan dan menyampaikannya kepada Sahabat-sahabat yang lain.