Wanita Solehah Penghibur Hati








Wanita Solehah Penghibur Hati

Sayyidah Aisyah RA pernah berpesan, "Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang" Jangan merasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan. Jika kau berasa bangga, menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki siapa saja. Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga"

WANITA SOLEHAH….

SENANTIASA TENANG JIWANYA
LANTARAN ITU SENTIASA MEMBESARKAN TUHAN DI DALAM SOLAT
DAN SUNNAH RASULULLAH JADI JALAN KEHIDUPANNYA
MENJADI AKHBAR DAN HIBURAN
JANJI-JANJI ALLAH JAMINAN KETENANGAN BUATNYA
SUMBER JIWANYA BEROLEH KEKUATAN
AGAR SABAR MENENTANG MUSIBAH

BERTEGUH MENJUNJUNG HUKUM HAKAM ALLAH

INILAH WANITA SOLEHAH
TIDAK MEMBIARKAN DIRI
MENJADI BUSAR PANAHAN SYAITAN
DIPERALATKAN UNTUK MENGUMPAN KAUM ADAM
MEMANDANGNYA....
MENYEJUKKAN MATA.....

DIRINYA TENTERAM
MEMBIARKAN HIBURAN
KIRANYA IA SEORANG ISTERI
KEPERIBADIAN MENGHIBUR SUAMI

SENTIASA MENGUNTUM SENYUM DI HaDAPAN SUAMI
SANGGUP HIDUP BERDUA MATI BERSAMA
LANTARAN MENGHARAPKAN KEREDHAAN ALLAH SEMATA-MATA
MEMADAI DENGAN APA YANG ADA
TIDAK PERNAH MENUNTUT APA YANG TIADA
MENJADI TULANG BELAKANG PERJUANGAN SUAMI
HINGGA SUAMI MERASAKAN RUMAH ITU SYURGA
MENJADI KEKUATAN JIWA
UNTUK MENEGAKKAN JIHADNYA

NATIJAHNYA,
LAHIRLAH JIWA SAKINAH
BERNAFSUKAN MUTMAI’NAH.

Wanita Solehah,

Kehadiranmu membahgiakan mereka yang mendambakanmu,
Dirimu hanya halal bagi insan yang halal buatmu,
Sesungguhnya engkau bisa melalaikan mereka yang leka dengan nikmat dunia,
Namun tidak bagi mereka yang beriman, yang sentiasa menginagati Tuhannya,
Yakni Allah Yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa.

Wanita Solehah,

Hadirmu menjadi penyeri hidup sebuah keluarga bahgia,
Bunga yang terus mewangi di sirami akhlak mulia,
Bunga yang kan terus mekar bersama amalan soleh menjadi muslimah solehah,
Bunga yang bisa menjadi penawar bagi mereka yang sedang berduka di sebalik akhlak muliamu,

Wanita Solehah,

Bagaikan sebutir mutiara,
Berada di dasar lautan,
Tersimpan rapi dilindungi kulit,
Bukan senang nak melihat,
Apa lagi mendapatkannya,
Hanya orang yang bertuah,
Berusaha menyelami dasar lautan dapat memperolehnya,
Harganya mahal sekali…..

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu ,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.
 
semanis bicaraku
semanis bicaraku Nama asal usul ana yg diberi MUHAMMAD LUQMAN AL HAKIM BIN MUSA...ana sekarang menempat di tanah merah kelantan,tarikh lahir ana 18/09/1992,sekolah seawal ana di sekolah keb sri suria 2...dan berpindah pula ke sekolah sri suria 3...dan sekali lagi ana bertukr ke sekolah sru(a)diniah padang siam,dan setelah mnamatkan pngjian di sekolah rendah,ana melanjutkan pelajran ana di sekolah maahad ahmadi tanah merah(matm)dan ana melnjutkan lagi pelajran ana di kolej yayasan islam kelantan(koyik)walaupun natijah menyambung pengajian di UNIVERSITI AL ISLAM MADINAH MUNAWWARAH(UIM) agak lewat sedkit,sy mngmbil kesempatan yg penuh mkna ini untuk sambung pelajrn sy dkt mesir,al azhar kaherah.....ana anak yg kelima drpd 8 orng adik beradik

Post a Comment for "Wanita Solehah Penghibur Hati"