USRAH DAN KEPENTINGANNYA





FIRMAN ALLAH :
maksudnya-wahai umat manusia,sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari laki dan perempuan,dan kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,supaya kamu berkenal kenalan(dan beramah mersa diantara satu sama lain).sesungguhnya semulia mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu,(bukan yang lebih berketurunan atau bangsanya),sesungguhnya ALLAh Maha Mengetahui,lagi Maha mendalam pengetahuannya(akan keadaan dan amalan kamu)




1.KONSEP USRAH

Prkataan "usrah" berasal daripada perkataan Arab yang menbawa maksud keluarga.dalam konteks gerakan dakwah islam,usrah didefinasikan sebagai satu unit kumpulan individu muslim yang beriman kpd ALLAH SWT yang iikat dengan kesatuan keimanan dan kesatuan pemikiran dalam memahami dan menghayati Islam secaara syumul.Usrah bukan hnya sebgai sesuatu sesi kaunseling,bukan hnya sbgai sesuatu kelas pengajian agama ilmu malah peranan usrah itu sndri besar dalam menbina serta melahirkan individu muslim yang haiki dan sejati,Dlam usrah,wujud satu proses yang diberikan nama proses tarbiyah islamiyyah iaitu sattu proses yang begitu sempurna lagi syumul pelaksanaannya.

Dapat disimpulkan juga bahawa usrah adalah keluarga yang diikat dgn ikatan akidah yang kukuh yang merupakan ikatan yang paling suci dan paling mulia.Akidah inilah yang mnjadikan kayu ukur bagi menentukan kebenarn sesuatu sistem dan matlamat hidup.


2.SEJARAH USRAH

Bermula usrah di zaman Nabi Muhammad SAW buat pertama kalinya di rumah Al Arqam bin  Abi Al Arqam.Rumah ini telah menjadi tapak permulaan bagi Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan segala ajaran islam,tunjuk ajar dan nasihat.Disana dapat kita lihat kedudukan usrah serta perannannya sebagai tunjang kepada pergerakkan tarbiyyah dalm menyebarkan agama islam ketika itu,Penerusan dan penyambungan telah dilaksanakan oleh para sahabat r.a,para tabi'in,tabi' tabi'in sehingga era globalisasi sekarang.pada era kejatuhan islam(1924M)itu pada zaman khalifah Uthmaniyyah,ramai perjuangan Usrah kembali bermula semasa melahirkan seorng perjuang  agama iaitu As Syahid Al Iman Al Banna(1906-1948M).Manhaj dan sistem usrah telah disusun secara sistematik sehingga mampu menbentuk kader-kader yang hebat untuk perjuangan islam.


Pada zaman nabi kita Rasulullah SAW sewaktu malam Aqabah ketiga selepas Bai'ah Aqabah terakhir,73 lelaki dan wanita datang berbai'ah dari madinah kepada Rasulullah SAW.Baginda juga memilih 14 naqib dari kalangan mereka,Merka terdiri  daripada 9 orang puak khazraj,3 orang puak Aus dan 2 orang puak wanita.


PUAK KHAZRAJ


1)As'ad b. Zararah
2)Sa'ad b Rubai'
3)Abdullah b. Rawahah
4)Rafi' b Malik
5)Bara' b Ma'rur
6)'Abdullah b Amru bin Haram(ayah kepada jabir dan islam pada malam tersebut)
7)Sa'ad b Ubadah
8)al-Munzir b Amru
9)Ubadah b. As Somit


PUAK AUS


1)Usaid b al-Hadir
2)Sa'ad b Khathimah
3)Rifa'ah b 'Abd al-Munzir


KAUM PEREMPUAN


1)Nusaibah bt. Ka'ab b Amru
2)Asma' bt 'Amru b 'Adi


Sehingga kini,usrah masih lagi diteruskan dalam menyambung perjuangan yang dilakukan orang-orang
yang terdahulu.



3 RUKUN USRAH


  • TAARUF-berkenalan secara mendalam sehingga menimbulkn kasih sayang dengan tujuan al hubbufillah.Firman ALLAH SWT:maksudnya:sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara....'dan Sabda Rasulullah saw maksudnya:'Orang yang beriman dengan orang yang beriman yang lain laksana satu binaan,saling kuat menguat antara satu dengan yang lain'.Sabda Rasulullah saw,maksudnya:kami mengasihi saudara kerana dia adlah saudara ALLAH.Di samping itu sikap mahabbah mesti dibuktikan dalam amalan dan penghayatan bukan sekadar teori semata-semata.At-Taaruf ialah kenal mengenal dari bab mufa'alah(daripada 2 belah pihak)salbi dan i-jabi(menberi dan menerima)kenal yang benar2.tahu selok belok tentang saudara kita,supaya kita menbuat dan bertindak untuk mengarah sesuatu yang sesuai dengan nya.
  • TAFAHUM-bersefahaman.At-tafahum daipada bab mufa'alah juga,bertujuan supaya usrah menbuahkan sesuatu sikap,satu tindakan daripada sama-sama faham,sama-sama beramal iaitu sama-sama menjalankan perintah Allah,tunduk kepada kebenaran,muhasabah diri,muhasabah sama-sama jemaah dan disusuli dengan nasihat menasihati antara saudara,(ad-Dinul nasihah).AWaS!! jangan sama sekali nasihat menasihati ini menimbulkan apa-apa perasaan tidak senang kepada satu sama lain,baik menberikan atau menerima.
  • TAKAFUL-merupakan dasar menbela nasib sesama sendiri,supaya jangan ada orang yang terbiar atau terlantar nasibnya tidak terbela.maksudnya rukun ini adalah anggota usrah hendakla mngambil berat masalah yang di hadapi oleh saudaranya.Takaful ini merupakan pancaran pekerti yang melahirkan daripada keimanan,dan merupakn inti sari daripada ukhuwwah yang murni.


       4.KEPENTINGAN USRAH
  • Menbentukkan peribadi muslim sejati dari segi semua dimensi kehidupan
  • Medan untuk memantapkan lagi kefahaman kita tentang fikrah islam
  • Peluang untuk berkongsi ilmu serta pengalaman bersama
  • Menbina ukhuwwah islamiyyah dan kasih sayang dikalangan mereka
  • Mendidik hati anggota untuk menjadi hamba yang taat kepada ALLAH

5.PENUTUP

Usrah bukanlah ssuatu yang asing lagi dalam islam malah ia adalah tunjang utama kepada tarbiyyah Nabi Muhammad SAW.Maka tidak hairanlah di bumi Anbiya' ini, kita menganggap usrah sebagai universiti kedua selepas Al-AZHAR kerana peranannya begitu besar dalam menbntukkan siswa siswi yang fleksible serta seimbang tidak fokus untuk pengajian kuliyyah semata semata sebagai persediaan dalam menghadapi masyarakat malaysia kelak.Justeru,kita hendaklah melibatkan diri dalam usrah dan jadikan aktiviti usrah sebagai salah satu aktiviti wajib dan utama dalam hidup kita.Ambil peluang sebaik mungkin dengan menjdikan   usrah sebagai platform utama dalam mentarbiyyah diri.


dicatat oleh: semanis bicaraku...
mekahmuqaramah@blogspot.com
semanis bicaraku
semanis bicaraku Nama asal usul ana yg diberi MUHAMMAD LUQMAN AL HAKIM BIN MUSA...ana sekarang menempat di tanah merah kelantan,tarikh lahir ana 18/09/1992,sekolah seawal ana di sekolah keb sri suria 2...dan berpindah pula ke sekolah sri suria 3...dan sekali lagi ana bertukr ke sekolah sru(a)diniah padang siam,dan setelah mnamatkan pngjian di sekolah rendah,ana melanjutkan pelajran ana di sekolah maahad ahmadi tanah merah(matm)dan ana melnjutkan lagi pelajran ana di kolej yayasan islam kelantan(koyik)walaupun natijah menyambung pengajian di UNIVERSITI AL ISLAM MADINAH MUNAWWARAH(UIM) agak lewat sedkit,sy mngmbil kesempatan yg penuh mkna ini untuk sambung pelajrn sy dkt mesir,al azhar kaherah.....ana anak yg kelima drpd 8 orng adik beradik

Post a Comment for "USRAH DAN KEPENTINGANNYA"