~ RAHSIA HARI JUMAAT~

~ RAHSIA HARI JUMAAT~

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia
ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa
Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri
untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan
memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan ... kepada Allah
SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa
yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat

Amalan Sunat Hari Jumaat
Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai
pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah
minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur
kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.
Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang
masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka
seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada
waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga
maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke
masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan
orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir
telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan
diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar
khutbah"
Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan
apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi
bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan
Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah
menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah
Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis
dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati
sebelum ia melihat tempat di syurga"
Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang
berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam
keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin.
Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam
As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu
pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.
Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah
al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah
sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian
perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah
Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain
(Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil
1 - 2. m.s 82).
Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat
akan datang dan memeliharanya dari syaitan.
Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan
hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang
hari Jumaat.
~~~~~~ WALLAHUALAM ~~~~~~~~~

semanis bicaraku
semanis bicaraku Nama asal usul ana yg diberi MUHAMMAD LUQMAN AL HAKIM BIN MUSA...ana sekarang menempat di tanah merah kelantan,tarikh lahir ana 18/09/1992,sekolah seawal ana di sekolah keb sri suria 2...dan berpindah pula ke sekolah sri suria 3...dan sekali lagi ana bertukr ke sekolah sru(a)diniah padang siam,dan setelah mnamatkan pngjian di sekolah rendah,ana melanjutkan pelajran ana di sekolah maahad ahmadi tanah merah(matm)dan ana melnjutkan lagi pelajran ana di kolej yayasan islam kelantan(koyik)walaupun natijah menyambung pengajian di UNIVERSITI AL ISLAM MADINAH MUNAWWARAH(UIM) agak lewat sedkit,sy mngmbil kesempatan yg penuh mkna ini untuk sambung pelajrn sy dkt mesir,al azhar kaherah.....ana anak yg kelima drpd 8 orng adik beradik

Post a Comment for "~ RAHSIA HARI JUMAAT~"