MENGENAI SAHABAT

MENGENAI SAHABAT
PERSAHABATAN ADALAH KASIH SAYANG TANPA SAYAP
Dalam menjalin sebuah persahabatan yang murni dan abadi ia memerlukan pengorbanan yang besar. Bila kita berkenalan dengan seseorang dan kita suka padanya maka kita pasti malu menjalin ikatan persahabatan yang kekal lama dengannya. Namun banyak dugaan dan rintangan yang akan mengiringi persahabatan itu sehinggakan ia boleh memusnahtan sebuah erti persahabatan.
Perubahan tanpa kompromi
Selama ini Mohsein ingatkan Rashdan adalah teman jati baginya. Mereka membesar bersama dan menghadiri sekolah yang sama.Mereka melalui saat gembira dan sedih bersama-sama. Mohsein masih ingat lagi bila Rashdan ditinggalkan oleh teman wanitanya. Mohseinlah tempat bagi Rashdan mengadu dan meluahkan perasaan kecewanya. Sebagai teman karib, Mohsein cuba memujuknya agar bertabah hati dan jangan terlalu bersedih.
Persahabatan erat antara Mohsein dan Rashdan amat bermakna bagi mereka berdua. Namun segala-galanya berubah dengan tiba-tiba. Rashdan sudah jarang menghubungi Mohsein lagi. Malah, 'bayangnya' pun sudah jarang kelihatan. Lalu Mohsein cuba mendapatkan jawapan daripadanya tapi Rashdan hanya diam membisu tanpa berkata apa-apa.
Mohsein rasa hairan melihat sikap Rashdan. Apakah kesilapan Mohsein yang menyebabkan Rashdan bersikap dingin terhadapnya? Mohsein bagaikan memerah otaknya mencari punca Rashdan bersikap begitu. Akhirnya, seorang teman Mohsein memberitahunya Rashdan berasa kecewa kerana Mohsein dapat pekerjaan baru. "Rashdan fikir kamu dah berubah sekarang dan tidak sama seperti dulu lagi." kata teman itu. Jelas Rashdan adalah seorang yang tidak dapat sesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku.
Dalam kehidupan harian, perubahan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Walaupun kita tidak terfikir ia akan berlaku namun semuanya adalah di luar kawalan kita. Umpamanya dalam kes Mohsein yang rumit ini. Mohsein baru saja memulakan keria di pejabat baru dan kerianya memerlukan dia berkorban masa. Jadual keria Mohsein amat sibuk sehinggakan dia jarang ada masa bersosial.
Mohsein terkejut dengan sikap Rashdan yang tidak faham kedudukannya sekarang. "Dia yang menggalakkan aku memohon bekerja di sini tapi sekarang dia rasa lain pulak. Segala-galanya terjawab selepas tiga bulan aku dapat tahu Rashdan juga ada memohon kerja di tempat yang sama tapi dia gagal," ujar Mohsein.
Perubahan besar dalam kehidupan boleh memberi kesan dan menggugat sebuah persahabatan. Ini termasuk perubahan dalam kerjaya, percintaan dan perpindahan rumah. Kita perlu faham hidup ini tidak statik. Perubahan ialah sebahagian daripada realiti dalam hidup. Persahabatan memerlukan flesikbel dan boleh menerima sesuatu perubahan yang berlaku.
Perubahan besar yang berlaku sering melibatkan emosi. Oleh itu, Mohsein berpendapat dia perlu meluangkan masa agar dapat bersama Rashdan walaupun dia sibuk. "Mungkin aku dapat berjumpa dengan Rashdan di hari minggu." katanya.
Dikecewakan oleh teman Dikecewakan oleh teman Kadang kala kita mahu teman karib berada di sisi kita bila kita menghadapi situasi yang kurang baik seperti dilanda masalah dan sebagainya. Namun, jangan terkejut bila teman itu 'hilang' entah di mana di saat kita perlukan mereka. Yara Idris, 19, menceritakan tentang pengalamannya bersama Fizie tahun lepas. Yara terlatar di hospital kerana diserang penyakit ketumbuhan di dalam perut. Ia hampir meragut nyawa Yara namun doktor berjaya mengeluarkan ketumbuhan itu. "Selama dua minggu aku terlantar di hospital, Fizie tak pernah datang melawatku. Malah, dia tak menjawab panggilan telefonku. Tidak seperti dulu dia sentiasa berada di sisiku bila aku memerlukannya." jelas Yara.
Bila mereka bertemu, Fizie memberi alasan dia tidak suka pergi ke hospital kerana tidak tahan baunya. Yara hanya menggeleng kepala mendengar penjelasan Fizie.
Jika ada teman baik yang mengecewakan kamu kerana sesuatu perkara, kamu tidak perlu memutuskan hubungan dengannya. Mungkin dia ada sebab musabab mengapa bertindak sebegitu. Yara bersetuju Fizie sentiasa berada di sampingnya bila dia memerlukan Fizie. Dan mungkin Fizie benar-benar tidak suka pergi ke hospital. Berbincanglah dengan teman baik dan bersikap terbuka agar persahabatan itu terjalin kerana ada persefahaman baik di antara kamu berdua.
Pengkhianatan dalam persahabatanPengkhianatan dalam persahabatanKhianat dalam persahabatan adalah perbuatan yang amat payah dimaafkan. Fitnah, mengata di belakang dan merampas kekasih adalah beberapa contoh khianat yang sering terjadi di kalangan remaja hari ini.
Ezurin, 17, meluahkan perasaan kasih sayangnya terhadap Cikgu Sharidan kepada teman baiknya, Najwa. "Kami sedang bercakap tentang lelaki dan aku mengakui Cikgu Sharidan adalah seorang jejaka yang menarik. Malah, dia pernah meluahkan perasaannya kepadaku tapi aku cuba mengelaknya. Aku mahu menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaranku dan tidak mahu melibatkan soal cinta dalam hidupku buat masa ini."
Dua hari kemudian, Ezurin terkejut bila semua teman sekelasnya heboh tentang ceritanya dengan Cikgu Rashidan. Dia cuba mendapatkan penjelasan dari Najwa. Sebaliknya, Nalwa mengatakan Ezurin tidak pernah memberitahunya cerita itu adalah rahsia di antara mereka berdua. "Najwa telah memalukan aku di sekolah dan aku tidak puas hati dengan alasannya. Perlukah aku beritahu dia cerita mana yang rahsia atau tidak. Dia kan boleh berfikir...!" ujar Ezurin.
Kepercayaan amat penting sebuah persahabatan. Jika kamu rasa teman kamu cuba mengkhinatimu, berundurlah ke belakang kerana lukanya amat sukar diubati.
semanis bicaraku
semanis bicaraku Nama asal usul ana yg diberi MUHAMMAD LUQMAN AL HAKIM BIN MUSA...ana sekarang menempat di tanah merah kelantan,tarikh lahir ana 18/09/1992,sekolah seawal ana di sekolah keb sri suria 2...dan berpindah pula ke sekolah sri suria 3...dan sekali lagi ana bertukr ke sekolah sru(a)diniah padang siam,dan setelah mnamatkan pngjian di sekolah rendah,ana melanjutkan pelajran ana di sekolah maahad ahmadi tanah merah(matm)dan ana melnjutkan lagi pelajran ana di kolej yayasan islam kelantan(koyik)walaupun natijah menyambung pengajian di UNIVERSITI AL ISLAM MADINAH MUNAWWARAH(UIM) agak lewat sedkit,sy mngmbil kesempatan yg penuh mkna ini untuk sambung pelajrn sy dkt mesir,al azhar kaherah.....ana anak yg kelima drpd 8 orng adik beradik

Post a Comment for "MENGENAI SAHABAT"